suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Showing posts with label PERIHAL KERJA. Show all posts
Showing posts with label PERIHAL KERJA. Show all posts

Friday, 19 August 2016

HADIAH PERTAMA DI DAERAH

^ASSALAMUALAIKUM^
Selama 11 tahun kerja dalam jabatan.
Aku x pernah lagi ditempatkan di daerah.
Kira nie daerah pertama yang aku koje...
Hari ni dah masuk minggu ke 2 aku disini... jadi boleh ler serap apa yang ada... so nangis pon sikit sikit jugak... itu pun bila kita rindu pada sesuatu yang dah lepas... macam teringat masa tengah main ngan anak-anak... teringat dulu balik koje ngan aca selalu singgah kedai makan... ish banyak ler.

Yela, bukan senang aku nak dok tempat org, lain ler nie my hometown...
Serius aku cakap... bukan mudah ok, tambah plak aku orang pempuan yang ada anak-anak yang masih kecil... ada suami... tapi bila fikir balik pasti ada hikmah.

Disini pun aku pun xler sensorang sangat, ada geng perempuan.
Wanie nama di beri... amboi comei ibu 3 anak ni, macam anak dara.
Jadi tak sunyi ler... setiap kali keluar, kita akan keluar ber4... aku, wanie, din & asrul.

Yang aku nak cerita harinie adalah... aku dapat hadiah tau.
Tapi hadiah cari sendiri... dan adiah tu takat RM30.00 jer, kalu lebih bajet kene tambah duit sendiri... huhuhu kira ok ler.

Maka hadiah tue ku pilih shawl Hajra.

Cantik kaler nie... dah lama aku cari tapi susah nau nak jumpa.

 

Aku suke... dan seronok plak... tima kaseh SPS.

Wednesday, 10 August 2016

AKU BERTUGAS DI PULAU PINANG

^ASSALAMUALAIKUM^

Pada 18 Julai 2016 (Isnin) aku selamat melaporkan diri di Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang.
Pada 1 Ogos 2016 (Isnin) aku terus ke tempat aku bertugas di Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan.
Disana ada seorang pegawai penerangan daerah, 4 orang pembantu penerangan termasuk aku, 2 orang jav dan 1 pembantu am rendah.
8 Orang sajer.
Sungguh mencabar hidup aku, padahal aku bukan pegawai besar pun, juz pagau dawai jek. Tapi tukar sana sini macam orang penting dalam jabatan.
Apapun aku bersyukur, pengalaman selama hampir 10 bulan di Japen WPKL cukup aku hargai.
Banyak yang aku belajar... banyak yang aku lalui... aku mohon supaya segalanya dipermudahkan.
Jauh perjalanan, luas pemandangan...
Yang penting aku dekat sikit dengan anak-anak dan suami tercinta... huhuhu.
Di sini aku still menyewa... alhamdulillah bilik sewa RM240.00.
Sebilik sorang jek kat Simpang Ampat... 10km sehala.
Harapan aku adalah aku dapat berkhidmat dengan lebih baik.
Setiap minggu dan cuti di tengah-tengah aku dapat balik perlis jumpa anak-anak.
Nak berulang dari perlis pun sehala dah 150KM, so bergantung pada kerajinan aku untuk berulang.
Inshaa allah apa yang berlaku sudah tentu ada kebaikan yang tidak kita ketahui.
Allah maha ketahui apa yang terbaik untuk aku.
Aku yakin itu.

Friday, 1 April 2016

TUGAS TEMPAT BARU PMR

ASSALAMUALAIKUM

Dah nak hampir 6 bulan aku bertugas kat tempat baru.

Rasa macam baru semalam aku lapor diri kat Japen KL nie.

Hati berdebau-debau siot.

Ntah mana ler aku kene campak.

Tapi aku rasa aku ok jer.

Maklumler, dah nama jadi kuli.

So, kene terima.

Tapi alhamdulillah... koje aku x ler susah sangat dan x ler senang sangat.

Aku harap aku dapat jalankan tanggungjawab.

Baru gaji tue jadi berkat. Tak gitu jemah!!!.

Cepatler aku kompom.

Leh cepat mohon tukau balik utagha nun...

Dah x tahan nie rindu giler aku ngan anak-anak aku...

Rindu betol aku ngan laki aku...

Rindu giler aku ngan rutin aku jadi isteri ngan ummi.

Adoi ai, sabau je ler... aku tau ada hikmah nie... erm sabau je ler kan.

Aku selalu rindu buah hati aku nie.

Susah jugak hidup jauh dari diorg...

Tapi pelah daya aku, rindu tu aku pendam jek...

 

Monday, 9 November 2015

17 KE 22 / DARI PERLIS KE KL

^ASSALAMMUALAIKUM^

Syukur Alhamdulillah, aku dah selamat lapor diri di tempat baru pada 15.1.15 (khamis).
Dan bermula 2.11.2015, aku telah pon selamat menjalankan tugas ditempat baru iaitu
Pusat Maklumat Rakyat, Japen WPKL di tingkat bawah bangunan SIME DARBY KL.

Suasana baru, semangat baru, kawan baru, cara kerja baru, idea baru, org baru, dan jawatan baru.
Mungkin ini merupakan tanggungjawab yang besar utk aku pikul, aku yakin apa jua yg berlaku dan terjadi sudah pasti DIA MAHA ketahui.

Segala perancangan aku untuk 5 tahun pertama, 5 tahun kedua menjadi kenyataan.
Genap 10 tahun dalam jabatan, target aku menuju sasaran.
5 tahun di HQ Negeri Sembilan, 5 tahun di Perlis dan sekarang fasa 5 tahun ke-3 di WPKL.
Aku mengharapkan sesuatu yg baik dalam kerjaya supaya aku dapat menjalankan amanah yg diberikan.

Pertama, aku dapat tawaran naik gred ke S22... terkedu jugak sebab doa kita allah makbulkan.
Tetapi di tempatkan di JAPEN WPKL. Bermakna aku jauh dari anak-anak dan somi. Aku terpaksa berkorban buat sementara waktu.
Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Ramai yang tanya family macamana terutama anak2.
Yer, aku percaya setiap apa yg datang ditentu dan diatur DIA.
Kita hanya merancang tapi hanya DIA menentukan.
Somi aku lepaskan dan izinkan... dan tak pernah letak syarat.
Pesannya balik bila ada masa lapang... sebulan 2 kali pon xpe.
Amani dan jibriel sangat memahami... aku kata pada dia, kakok ummi kene g kusus... dalam jangka masa 6 bulan... nanti ummi dah settle ummi balik na...
Dan seperti biasa dia ok dan selalu ingatkan aku... ummi esok rabu nak p dah kan... ummi esok khamis ummi p kusus kan?

Mudahkan anak-anak aku. Adik pon ok jer... aku ada gak rasa sedih tp...
Syukur aku masih ada mak ayah mertua dan kakak ipau suri rumah tangga sepenuh masa yg banyak bantu aku dan somi... mudahnya hidup aku kt sini... betol kalu kita berjasa dan baik dengan mak ayah sendiri... adik beradik sendiri... kita akan dapat hasilnya... dari keluarga mentua kita.
Benar kata org, berjayanya sesesorang itu, kita lihat siapa berada disekelilingnya.
Suami, anak-anak, mak ayah, mak ayah mertua, adik beradik, ipau duai, keluarga dan sahabat karib atau BFF(rindu plak aku rindu kt ko ina & kak faiza).

Rumah sewa pon mudah dapat, dan diorg pon mmg baik2 belaka.
Walupon ramai giler, 12 org 1 umah... flat plak tu.
Sabau ajer ler.
1 kepala rm300.00
Untung owner tue... rm3600.00 sebulan... huhuhu

Pesanan dan nasihat yg diorg bagi sangat membantu.
Selain dari usaha dan tawakal.
Cuma untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu ada pengorbanan yg bukan sedikit.
Untuk org yg aku kasihi.
Aku sangat dan sentiasa memerlukan kamu semua.
Miss u much sayang… Nur Iman Amani & Muhammad Jibriel Iman.
Ummi harap ummi tak lama disini tinggalkan awak berdua.
Insha allah ummi akan balik juga utk kehidupan kita yg sudah sedia baik.
Ummi yakin, ayah, tok, tokwan, makngah shon n pakngah akan jaga awak sebaik mungkin.

Rindu kamu sangat, Hanya ALLAH yg maha ketahui isi hati ini.











Monday, 2 September 2013

JURUACARA PERARAKKAN MERDEKA

^ASSALAMUALAIKUM^
 
SELAMAT HARI MERDEKA KE-56 2013.
 
Jangan ditanya apakah sumbangan Negara kepada kita?
Tetapi cuba kita tanya apakah sumbangan kita kepada Negara?
 
Pada hari tersebut saya diberi peluang untuk bergandingan mengacarakan
perhimpunan & perarakkan hari merdeka ke-56 di negeri perlis.
Juga sumbangan kepada Negara juga kan.
 
Saya Suria Binti Karim.
 
Sungguh, tak pernah rasanya tangkap gambau sendiri kemudian tepek untuk tatapan umum.
Ooo begini rasanya... dah macam poyo la pulak.
 
Tempat yang dicuru.
Sepatutnya ni meja hakim-hakim.
 
Cikgu hakim, saya, cikgu fairuz n cikgu yaakob.
Semua cikgu, saya jer cikgi.
 
 
 
 


Bermula dari 1 hingga
V
v
v
v
v
v
v
v
v
V
v
v
v
v
V
v
96
Berbuih mulut gua.
Tapi untuk Negara ku berjuang juga.
 
 
Lakik binik bertugas untuk Negara.
KOo hado?


P/S : Saya anak Malaysia, di bumi ini saya dilahirkan... akan tertumpah jua jasad ke bumi ini.



Wednesday, 31 July 2013

DEKORASI OPIS YANG SELESA

^ASSALAMUALAIKUM^

Bercerita tentang kerja, memang banyak pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Samada baik atau buruk, pasti jadi kenangan terindah dalam diari hidup kita kan kan kan.
 
Macam saya dari 02.02.2005 sehingga ke hari ini.
Rasanya lama juga berkhidmat dalam Jabatan Kerajaan.
Syukur, mungkin ini yang dikatakan rezki saya.
Bermula di BERNAMA K.L, kemudian ke N.9 dan seterusnya ke Negeri Perlis Darul Sunnah sehingga ke hari ini.
Sudah pasti tempat itu berbeza-beza.
Tapi skop kerja masih sama.
Walaupun persekitaran berubah.

Sekarang ni saya memang selesa coz ada tempat yang selesa untuk bekerja.
Saya x suka sepah-sepah, serabut jer mata.
Dan percaya x, kalu barang tu bergerak dari tempat seinci pun saya boleh tau.
Sebab pagi-pagi bila masuk jer terus saya kemas baru saya duduk.
 
Syawal kian menjelma kan.
Selain dari baju raya dan persiapan rumah bagai.
Opis pon kene la berdekorasi sikit.
Mood nak raya la katakan.
Jom layazzz. 
 
 
 
 




 
 
 
 Pelekat dari belian pampers drypers.
 
Kerusi ni saya beli di Giant Alor Setarrrr. RM 10.00 satu.
 
 Sudut bahan bacaan x banyak sangat.
Mano yang hado yola.
 
 
 
P/S : Tempat yang elok dan bersih memainkan peranan penting untuk kita melaksanakan tugas dan tanggungjawap.  
 
 

Thursday, 27 June 2013

OPIS KITORANG ADA GIM. OPIS KORANG ADO?

^ASSALAMUALAIKUM^


Jangan jeles weh berat makcik x sampai 50kg... haha "adabrani"..? Puiii!!!
Okey serius berat ai naik 2kg.Fullstop.
Sebab ape..? Meh gua nak cita sikit bagi terbakau...
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Percaya x opis kitorang ada gim..?
Osahlah x percayakan... tapi suka x suka lu kene ler percaya.
Sebab ape, buktinya sudah ade.
Cer nengok.
 
  
 X tau nak panggil ape tapi nie kira tempat berlari ler... for fitness.
2 set okey.

 Nie macam basikal tapi bukan ler.
Pon 2 set.
 
 Ini memang kental ler. Kalau badan cekeding osah mimpi ler nak pegang benda alah ni.
Kemain berat giler tu.
Ntah sape punya tuala ntah. Kemain kepam lagi... puihhh.
 
 Overal.
 
 Benda yang paling makcik suka... tau x sebab pe..?
1 cara untuk kempas-kempiskan perot boroi ai nie yang berlapis.



N last...

Untuk info korang, ini adalah inisiatif kitorang Kelab Sukan Dan Kebajikan bagi menyediakan Kemudahan kepada ahli-ahli kelab dalam menjaga kesihatan diri.
Bertungkus lumus tau kelab kitorang nak buat ni semua. Bukan mudah okey.
Kalau bukan ahli nak masuk gim nie.
RM3.00 jer masuk.
Tapi dibolehkan selepas waktu pejabat "5.00petang hingga ke tengah pagi, dan hari cuti".
Privasy lagi. Amacam okey x?
 
 
P/S : Sambil bekerja, sambil jaga diri.
 





Wednesday, 5 June 2013

FAMILY DAY JAPEN PERLIS DI GAMBANG

^ASSALAMUALAIKUM^


Bujang saya... M.J.I.



 Cabutan bertuah untuk saya.

Cabutan bertuah untuk aca saya.


Kami.


Kami ber3 sandal baru... huuuuuu.
KAPPA mariiiii!!!!




 Bye... geng kunin nak cau dah...
 
Alhamdulilah, bukan senang nak buat family day untuk staff.
Ntah apa ke hal agaknya jadi plak g Gambang... sungguh tak sangka gitu.
Rugi kalau tak g... maklumlah, "makan tanggung, berak cangkung" weh... nak harap g sendiri... tunggu klcc tu runtuh dulu... itu pun lom tentu dapat nak g tau tak!!!... uhuhu.
 
Saya macam biasa ler... 4 beranak.
Erm pening kadang dengan karenah anak yang asyik nak berdukung jer.
Cuba nengok badan ummi korang ni anak-anak... ingat mcm "Hulk Hogan" ker hahhhhhhhh... aduiaiii penat tau merenget jer.

Okey sambung, btw thanks to PPN ler coz bertimbang rasa nak bawa anak-anak buah yang mereng ni semua g bercuti dengan family lagi.
Kira orait ler 3 hari 2 malam. Dapat plak cabutan bertuah barang elektrik.
Kalau orang lain dapat 1, jangan jeles yer makcik dapat 2... lakik binik yer.

Memang best ler, reward untuk staff macam ni.
Tapi seriously ramai-ramai orang yang saya cukup suka nengok adalah binik abang alwi... Heran bin ajaib... binik dia sangat gojes, walaupun ada anak kecil yang istimewa tapi binik dia masih boleh nampak cantik... memang cantik sangat... saya kagum walaupun anak dia 6 orang... saya yang 2 orang jer ni pun rupa dah macam nenek kebayan... hahaha...



P/S : Semangat baru nak meresap, so mulakan dengan baik... tq 2 all.


 
 

Friday, 8 March 2013

MALAM APRESIASI JABATAN PENERANGAN PERLIS

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Ini yang saya dapat pada malam tu... joki namo eh...
 
Sebelum mula apa-apa... baik doakan perajurit kita di Sabah semua selamat. Yang terkorban, "jasamu tetap dikenang"... isteri dan anak-anak yang tinggal... hidup perlu diteruskan dengan tabah.
 
Saya tahu, ini semua macam mimpi tapi hakikatnya ia benar-benar berlaku walaupun kita berada dalam "negara yang merdeka".
 
Seperti biasa, kita jalani hidup kita mengikut rutin harian. "Yang disana berjuang menetang musuh negara, tetapi bagi kita disini berjuang menentang "PR"... opsss.
 
Diri saya pula, rindu pada keluarga melaka membuak-buak. Kalau dekat, mahu saje start kete terus jalan. Tapi, xpela... yang penting talipon selalu menjadi perantara untuk lepaskan rindu. Uuwaaaa"... mak, ayah, along, nas, adik, makminah, ain dan qaseh!!!... mereka orang penting dalam hidup saya selain dari anak dan suami serta mertua. Tidak dapat saya bayangkan andai mereka terkorban akibat berjuang... hanya ALLAH yang ketahuinya.
 
Mukadimah jer tu. Sebenarnya nak cite, hari tu ada special sikit untuk staff penerangan perlis... rancang buat family day bertahun-tahun tapi madang jer x jadi... maklumler bukan senang nak kumpulkan semua staff n family dalam satu-satu masa tol x?... uhuhu...
 
Jadi saya seronok giler sangat walaupun jabatan raikan staff hanya dengan makan malam n bagi gift jek. Yang penting saya dapat kenal n tahu "oooo... tu bini dia... oooo tu laki dia... oooo tu anak dia..." nanti kot terlanggau bahu kat tepi jalan, xler bergaduh kan. haha... "dasar orang melakeee"...
 
Malam tu kami bawak anak ler... "kakak dan adik"... bukan selalu dapat berkumpul macam nie... "yang tambah bini pon ader, tambah anak pon ader... yang lum kawin tapi nampak macam xkan kawin-kawin pun ader gak... uhuhu wink"" wink""... adalah dua lelaki macho tu... tapi paling macho "abang ajis pmr" ler... hehe...
 
 
Kakak yang ikut perangai ayah, pantang jumpa camera pasti jadi "photographer"...
 
Ummi dan jantung hati.

Kami 4 beranak, plan pakai baju semua putih... jenuh ummi cari baju putih...
 
 
 
P/S : Terima kasih kepada ketua jabatan yang perihatin dalam menjaga kebajikan pekerja.