suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Showing posts with label SAYA~JURUACARA. Show all posts
Showing posts with label SAYA~JURUACARA. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

KERJA DI HARI MERDEKA 57

^ASSALAMUALAIKUM^

"MALAYSIA... DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA"...
"YANG KEKAL ABADI & SEJATI"...
57-2014.

I am Suria Karim.
From Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Perlis.

Yer... 57 tahun kita merdeka...
Indah jer rasa, bila kita jadi anak yang merdeka...
Kadang-kadang pernah tak kita tanya?
Eh apa yang dah aku sumbang pada negara aku ek?
Serius rasanya x der kot...
Mengundi pon x tunaikan... hah pe cita tue?... huhuhu...

Seperti biasa ini kali ke-2 makcik suria kau nie jadi emcee...
Tapi kali nie berganti orang lah jugak...
Dj zali & kak siti...

Maka kitorg ber-4 ler... Dj zali, cikgu yaakob, cikgu siti & kak suria kau yang anggun jelita nie.
Host by Jab. Perpaduan...
2 tahun berturut diorg handle...
Pengarah diorang pon sporting giler tue...
Siap belikan pizza hut lagi bg kitorg mencekik...
Pengarah korang hado?...

P.A sistem pon geng swasta yang pasang...
Memang tip top ler beb, sebab tue org spital komplen... huhuhu... katanya bising... ye x ye jugak... abis xkan perarakkan merdeka nak main bisik2 je kot... gua pon pening... aca ner tu beb.

Korang kalu keje sendiri boleh ler main cover2 xnak bagi bising bagai, tapi nie keje reramai beb... melibatkan banyak team... tambah-tambah ngan tentera... sekali panglima dia pandang ko jer... ko dah rasa nak terkencing, belum lagi ko kene tengking.
Gua rasa kan kalu lu kene tengking... lu dari lu gemok leh jadi lidi beb...
Dari lu putih lu leh jadi arang beb...
Dari lu pendek lu leh tinggi beb... hah itu penangan kalu lu keje ngan tentera.
So diorang bukan kira bising, malu atau jaga perasaan.
Gua memang serik, keje ngan tentera jangan memain. Ok.
Ini pengalaman.
Dari ai keje kat negeri sembilan...
Sehingga berpindah ke negeri perlis nie.
Atleast ada gak sumbangan utk berkhidmat di hari merdeka.


Pepagi ai sampai... wah, siap ader air milo lagi der...

Kacang & gula-gula pon ader... ok ini namanya penambah baikan.

Sebenarnya bila kita berpakaian seragam celoreng, hanya tudung berwarna hitam dan biru gelap sahaja yang dibenarkan, tapi ai main belasah jek beb... sebab xder org sponsor pong. Erk.
Jadi ada pegawai dia tegur... "su, tudung kene kaler gelap. Bukan kaler koko".
Ohh yeker... tula kan, patut urus setia kene sponsor nie...
Boleh jawap gitu..?









Korang pernah sambil jadi emcee sambil mencekik pizza..?
Hah x pernah kan kan kan.

Kakiku sakit kerna boot ini yang sangat keras dan...

Siapa pon kita, kita mesti jaga negara ini dengan sebaik mungkin.
Bukan untuk kita, tetapi "kelangsungan dan kesinambungan" anak cucu cicit oneng kita hingga ke titisan yang terakhir.




Tuesday, 25 June 2013

CIK DAH KAWIN KER BELOM???

^ASSALAMUALAIKUM^
 
(Ke-11)
Terima kasih JKKN... amani dan jibriel memang suka mamam tolo...
Bila cium kemain hanyir lagi... 2 biji memang x cukup pun... sebab jibriel ada da 2 bijik ler...
4 bijik pun bercatu he...
 
Bila dah abis program saya terus balik, sedang berjalan tetiba ada orang senyum kat saya, saya pandang n dia kata:-
 
Dia     : Assalamualaikum, boleh tanya x?
Ai       : Yer cik, kenapa?
Dia     : Situ kedai makan ker?(Tempat program jkkn ocoen glow).
Ai       : Eh x, situ ada fungtion jkkn, buat santai-2, tapi kalu encik nak g sesajer untuk amik angin okey kot...
Dia     : Oooo kami dari k.l, xtau tu tempat ape?
Ai       : Owner nya Barasmana Hotel cik.
Dia     : Nak tanya boleh, awak dah kawin ker?
Ai       : sambil bergerak dan gtau yer, dah kawin anak DUUUUUUUUAAAAAAAAAAAAAA!!!!
Dia     : Tau dah, Orang dah kawin nie sume comel-comel kan...
Ai       : Kan wakluuuuuuu, dah tau tanya plak ek?

 
 
 
P/S : Macam-macam ada ek..?
 
 
 

Tuesday, 18 June 2013

OH PUSPANITA

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Putra Palace/2.30petang
Majlis Hi Tea Bersama DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis
Anjuran Kerajaan Negeri Dan Puspanita Negeri Perlis.
 
(Kali ke-9)
 
 Terpaksa pakai baju raya nie huwaaaa!!!
Baru saya perasan, shawl saya sama kaler ngan tirai belakang tu...
hahaha lain kedai okey...

Gift...
 
 
Walaupun saya bekerja dalam jabatan kerajaan tapi jujurnya saya bukan ahli puspanita.
Kabaunya kalau nak join kene isi borang… antara perkara yang paling saya x gemar dalam hidup adalah isi boring.
Borang kahwin dulu pun amik masa seminggu nak isi, inikan pula borang nak jadi ahli.
Tapi kalau isi borang nak bagi duit ...
itu adalah perkara yang paling saya suka dan saya sangat berharap kalau itu yang berlaku… uhuhu… sah mata duitan kan kan kan.
Hari tu saya yang jadi juruacaranya, DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis.
Serius saya sebenarnya tidak berminat dengan program yang ala-ala kene jadi DJ coz itu semua kene do homework.
Tapi disebabkan orang minta tolong x pe, I try my best… atleast ada pengalaman yang baru… macamana nak handle program santai yang ada RAJA… huh.
Serius sangat mencabar pada saya. Juz tunggu payment x dapat lagi… erk… sepatutnya "upah sesorang itu dibayau sebelum peluhnya kering" okey… errrrrrr:-(
N now baru saya tau apa beza puspanita n baidunita… puspanita ni ahlinya adalah kakitangan kerajaan dan isteri-isteri pegawai kerajaan.
Manakala baidunita ini adalah isteri wakil-wakil rakyat.
Dalam pada itu, ada orang offer saya join jadi DJ orang kahwin.
Bukan saya x nak, tapi saya kurang minat walaupun saya dijanjikan bayaran.

 
P/S : Apa beza DJ & VJ..?

 

Friday, 29 March 2013

EMCEE #6

^ASSALAMUALAIKUM^
 
YB Noh Hj Omar
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani.
Dewan Warisan Kangar
25 Mac 2012/3.00 petang
 

Tq aca sponsor ini baju... huhu...
baru ada semangat cikit bercakap kat depan kan kan kan...
 
 
 
P/S : Kerja 1 ibadah, jangan pertikaikan kerja hakiki yang sepatutnya kita kene buat.

Monday, 18 March 2013

EMCEE #5

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Pertama... makcik nak ucap "Selamat Hari Wanita Antarabangsa"
pada "8 Mac 2013" setiap tahun.
 
 Dari seorang "anak perempuan tunggal kepada
"pak karim dan makcik sadiah"
terus jadi kakak, adik, gadis, anak dara, ummi, mak orang, isteri orang"
terus jadi "wanita"... nanti lagi 20tahun jadi mak mertua (jauh pikir)
pulak pastu jadi nenek.
Kalau sempat umur panjang jadi ler moyang pulak...
kan kan kan...
 
Jadi semalam ahad adalah nak kumpul "1 MILION WOMEN PURPLE WALK".
Ai jadi emcee uuu... siap ado partner lagi... jom layan...


Cincin pun purple gak... aca bagi... tq.Tu mas putih tapi percaya x
harganya x sampai rm60.00 hengget... luau negara lagi... uhuhu
 
Tu ler my new partner... namo eh Sazali(namo dolu-dolu kaw) dari RTM...
Dan sobolah tu namo eh Tuan JJ... Dolu orang penerangan tapi la ni S.U.A MB...
 
 Ni peminat ai(xtau sapa)... uhuhu bajet retis pulak...


 Makcik yang keletihan sebab panas yang teramat sangat.
Shawl tu makcik sanggup cari n beli tau semata-mata kene pakai purple.
RM63.00 hengget... sapo suke check web dia kalu x silap www.silverlinenapparel@.com
 
 
Pastu dalam kol 1 tongahri baru saya sampai rumah...
engan panasnya.... sakit palo den.
Pastu malam tu kami sume g la makan ikan bakau kat kuala perlis...
 
 
 
 
 
 
 Si pakngah(baju kuning) memang rajin layan si kakak,
mungkin dia xde anak pempuan kot kan...
  
 
 
 
 
P/S : Mencuba sesuatu yang baru tidak akan merugikan... percayalah...
 
 
 
 
 

Friday, 15 March 2013

EMCEE #4

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Semalam khamis malam jumaat kan. Tapi ai kene jadi emcee u.
Rasmi jalan baru lagi. Siap ado bunga api, kemain meriah lagi.
Anjuran JKR. Jam 9.00 malam baru start.

Aca tanyo..? Emcee pakai seluau? Yeah, ikut kesesuai majlis ler...
Xkan nak pakai baju kurung ngelip-ngelip bagai kot... huhuhu...
 
Bila makcik balik, nengok kakak ngan adik dah tido..:-(
Xpat nak gomol-gomol n gigit-gigit... "gigit ayah dia jer ler"... opsss.
Erm nak kene tunggu esok pagi baru dapat bertentang mato.
Terpaksa berkorban juga namo eh.



P/S : Keluarga dan kerjaya sama-sama penting, perlu bijak seimbang.

Monday, 11 March 2013

HOST+EMCEE #3

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Sekarang nie memang musim sibukkk!!! Sabtu ahad jangan cakap ler.
Orang lain dok rumah main ngan anak... kita ni bersengkang mata bekerja lebih masa. oppsss tapi saya x ler seteruk tu... ada excuse cikit... so boleh "cerngelat" bab kerja nie. Janji bagitau "Y" saya x dapat join sesuatu program jabatan...

Sebab pada saya, kalau kita nak maju  dan orang hargai kita,
kita mesti tahu apa kerja kita. Jangan hanya pandai dan bermanis mulut sahaja.
Tapi bab kerja semua lepas tangan kat orang lain. Dan skop kerja tidak ler hanya pada kerja hakiki semata. Sesekali kita perlu explore bidang lain.
Sebab tu APC ni orang pentadbiran selalu dapat kerana mereka banyak perluaskan bidang kerja pada skop lain. Jadi pada saya memang layak ler.
Tapi kalau takat angkat talipon jer.. haaaa jangan merungut okey...
if x dapat cemerlang pada tahun ini.(tidak tuju pada sesiapa okey).
 
Begitu juga kalau kita berganding bahu dalam setiap program,
baru ler seronok kan kan kan... Tahniah kepada penjawat awam yer...
x banyak, sikit pun jadi ler... bersyukur apa yang kerajaan bagi.
 
Antaranya:-
 
1. Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
 
2. 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
 
3. Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
 
4. Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
 
5. Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
 
6. Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;
 
7. Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
 
8. Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performanca”;
 
9. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.


Gambar pagi tadi masa perhimpunan awam pentadbiran kerajaan negeri perlis 3/2013... Penerangan jadi host... berganding dengan JKKN, RTM, JASA, PERPUSTAKAAN... memang sempoi dan bersemangat masa koir... cun cun cun ler... 

"KAMI... JAPEN PERLIS"... Saya jadi emcee jer... serius saya teringin nak masuk koir weh... jeles i tau nengok reben diorang cantik...
uhuhu...
 
Ini kali ke-3 saya jadi juruacara untuk program besau dan jabatan lain.
Untungnya setiap program SUK kitaorang dibayau mengikut jam... "RM60.00 sejam purata RM180.00" sekali majlis... Terima kasih kerajaan negeri perlis yang prihatin... ingat yer kepada jabatan-jabatan lain... kitorang bukan DJ... perkhidmatan yang kami beri, dibayau atas bakat dan keberanian mengendalikan majlis "rasmi kerajaan".
 
 
P/S : Suara anugerah ALLAH, berkhidmat dalam kerajaan juga amanah yang diberikan... sama-sama kita pikul dalam memberikan yang terbaik.