suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Thursday 26 January 2017

AYAH 61 TAHUN


ASSALAMMUALAIKUM...W.B.T

Alhamdulillah, 24 Januari 2017 merupakan hari lahir ayah aku yg ke-61 tahun.
Bersyukur ayah masih lagi di kurniakan kesihatan yang baik dan masih lagi bekerja sebagai tukang gunting rambut di kedainya sendiri di pekan selandau.
Sebagai seorang anak perempuan yang beliau ada,aku selalu doakan ayah sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan.
Dan aku mahu menjaganya suatu hari nanti. Insyaa allah, itu salah 1 impian aku.

Untuk tahun ini, aku x bagi adiah ape pon. Erm aku sebenarnya ada perancangan lain untuk ayah aku tapi nampak gayanya kene hold dulu.
Sebab ada perkara lain yang perlu aku selesaikan hingga bulan 6 dan inshaa allah bila segalanya selesai aku harap perancangan yang aku nak buat untuk ayah x tergendala.

Dalam pada allah memanjangkan usia insan yang kita kasihi, terselit juga berita allah menarik salah seorang ahli keluarga kita.
Arwah pakngah samah aku meninggal pada hari isnin waktu tengahari.
Yang aku tahu pakngah dahulunya sangat sihat walafiat namun allah maha berkuasa lagi maha mengetahui, arwah terus jadi sangat kurus kerana tida tiada selera makan… sungguh aku anak buah memang terkejut perubahan badan pakngah… lama juga… dan awal tahun hari tu masuk sepital jasin.
Doctor kata hati pakngah jadi kecut dan x boleh berfungsi sepenuhya.
Aku memang sedih sebab boleh kata family aku ngan pakngah memang rapat, kitorg kalu gelak memang kaw-kaw sebab pakngah nie kaki ngusik orang jugak.

Aku pulak jauh di utara, jadi nak balik tu memang terkejau-kejau. Tapi insyaa allah bulan 3 coti sekolah aku akan balik jenguk makngah aku.
Aku doakan arwah pakngah berada di kalangan orang beriman…

Dan untuk seorang lelaki yang cukup aku kasih, aku doakan semoga ayah sentiasa sihat. Dan sayang aku pada ayah lebih sikit dari mak aku…hihihi… sebab orang kata muka kitorang sama anak beranak… sejukkkkkkkk jer.

 
Dengan cucunya, masa nie aku bawak makan pasemboq kt kokdiang.
Ayah, mak n adik beradik aku memang rajin datang perlis nak tengok cucu dia…