suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Showing posts with label PROMOSI. Show all posts
Showing posts with label PROMOSI. Show all posts

Thursday, 12 January 2017

ADA APA DENGAN HANKOOK, TAYAR BARU


ADA APA DENGAN HANKOOK...

Assalammualaikum... hi guys.

Michelin, Toyo, Continental… itu memang aku aimed dah lama walaupun ia hanya seketul TAYAR KERETA.

Sebenarnya tayar GoodYear yang kuda putih aku guna sekarang sudah berumur 3 tahun der. Niat di hati memang mahu menukarnya pada awal tahun depan, tapi apakan daya, kita hanya merancang namun allah jua yang menentukan segalanya.

Alhamdulilah hari ini aku mencipta sejarah baru untuk kuda putih ini dengan memakaikan ia kasut baharu bernama HANKOOK!!! Sejak 2 3 hari yang lalu, si kanan belakang selalu sajer buat perangai dengan mengempiskan dirinya… hari hari aku g pam… eheh eh pam punya pam still sama kempisnya, lalu tidak sanggup aku lihat penderitaannya, aku singgah di kedai tayar untuk buat checkup terhadapnya, rupa-rupanya dia bocor terok lagi parah kerana kerap ditampal oleh suamiku hingga kembong jadinya.

Aku dinasihati utk menukarkannya secepat mungkin… ya aku harus. Bila tiba masanya, runsing aku di buatnya samada mahu menukar sekali 2 atau 4? Bila dipikirin balik, erm aku dah ler selalu travel jejauh… perlis melaka penang perlis plak tu… argh!!!! Payah sangat baik aku tukau sekali 4 la kan sonang.

Tanpa berlengah berlari aku kekedai tayar… Tanya punya Tanya owner nak bagi aku pakai tayar HANKOOK sebiji RM 130… x 4 =RM 520.00 pastu trade in plak 2 tayar lama RM 40.00… pastu tukaq plak absorber mounting sepasang RM122.00 pastu tukaq nat pam tayar 4 biji RM20.00. Total aku habis lbih kurang RM620.00 pada hari tu. Tapi hatiku girang sukar di gambarkan dengan kata-kata… mmg padu jer rasa bila drive… barang baru ler katakan…

Alhamdulillah semuanya ok, ini tahun ke 7 viva ni hidup ngan aku… servis pon masih di perodua beb… Nampak tak yang aku betol-betol jaga viva aku nie…Inshaa allah ada reski abis jer bayau viva nie, aku plan nak angkat family car.

Tapi kadang aku tukau tukau pikiran plak... eh dari aku beli kete baru... baek aku bagi mak aku setiap bulan... boleh dak saadiah tue bejalan jer... tak gituuuuuu!!!?

Thursday, 27 October 2016

MARY KAY-TIMEWISE MIRACLE SET


ASSALAMMUALAIKUM

Umur aku sekarang dah masuk 33tahun der... dulu aku pernah cerita pasal Skincare MARY KAY...
Set pertama MK yang aku guna dulu adalah set Botanical…
V
V
V
V
 

tapi masa tu aku beli dulu bulan FEBRUARI RM242.00 sahaja dari RM314.00… kata consult aku itu bulan promotion… so aku rembat jer sebab muka aku mmg tak guna apa pon pada waktu dan ketika itu.

Lagi pon set bota nie aku guna lama gak dlm 8 bulan gitu… n now aku beralih pula… aku guna timewise miracle set… set nie utk mereka yang usia awal 30an… set nie aku beli ada 5 iaitu:-
1.) Cleanse.
2.) Toner.(Fresherner)
3.) Mosterizer
4.) Day cream
5.) Nite cream


Image result for mary kay timewise


Image result for mary kay toner


Yang atas nie fresherner yg aku pakai... best la...
Untuk set ni harganya dalam RM568 4 barang... tapi aku tambah toner tue harga dalam 99.00... total semua RM667.00 tapi consul aku bagi diskaun sebab aku adik bongsu.

Bila guna MK nie aku memang sudah jatuh hati… produk dia tak berminyak langsung… malah ko guna mcm lembab-lembab je kulit mulus ko tu… aku nie bukan jenis yg suka tukau-tukau produk, kalu dah aku suke tue mmg lama ler jawabnya aku guna. Kalu orang tanya aku knp mahal, so aku akan jawab kalu mahal pon produk nie korang boleh pakai lama... silap-silap setahun baru order yang lain.
So korang apa tunggu lagi… guna ler MK.

So korang yang di Perlis, Kedah, Penang boleh call terus Aidatulshima di talian 0124317937  untuk order.

Tuesday, 16 February 2016

MARY KAY SKINCARE UNTUK SAYA

^ASSALAMMUALAIKUM^



Umur aku sekarang dah masuk 30an.
Tak sangka aku da tua.
Jadi bila dah tua nie, kulit aku makin lama makin banyak jeragat.
Puncanya  bila kulit kering.
So suka tak suka aku kene cari SKINCARE yang aku rasa sesuai dan serasi juga yg aku mampu.

Kalu korang nak tau.
Dari zaman sekolah sampai la nie.
Aku tak pakai skincare papepon.
Sebab aku nie pemalas.
Bedak pon aku xpakai.
Sungguh aku tak tipu.
Kecuali kalau aku kene bertugas dalam event yg besau.
Pikir punya pikIr, aku rasa aku kene cari something.
Kebetulan aku baru pindah KL.
Kebetulan bff aku kt sini pakai MARY KAY, dan geng wanita kat sini sume guna MARY KAY.
Mula aku x terpedaya.

Tapi lama kelamaan, aku cam sonok giler pula bila tengok.
"Eh macam cantik kulit jer depa".
Aku pon amik keputusan, aku nak juga try.
So far Alhamdulillah, aku macam serasi jek beb.
Kebetulan bos kesayangan aku nie mmg consult MARY KAY.
Dulu dia racun aku tp aku berjaya tepis.
Tapi sekarang aku cari dia nak kayakan dia.
Kebetulan bulan nie ada diskaun… dari RM314.00 turun RM242.00.
Bulan nie sahaja ok.
Dia racun aku, okey suria bayar sebulan RM50.00 pon jadilah.

Terus aku suh dia pos kt KL nie.
Kalu org lain 3 kali bayau.
Wei 3 kali bayau pon, sekali bayau makan ratus gak tau tak.
Bila dia ofer gitu terus aku setuju.

Aku kan special. Huhuhu.

So pilihan aku yg kulit  biasa-biasa ajer.

1.) Cleanse.
2.) Toner.
3.) Hidrate.(pelembab pg ptg mlm)
4.) Mask.(2 kali seminggu)

Yang ini untuk aku yg baru saja nak berjinak-jinak guna Produk nie.

Kemudian nanti bila dah bersih so aku akan beralih ke Step 2 3 4 dan produk tambahan.

Jadi kita guna dulu beberapa bulan dan kemudian hari baru kita tengok hasilnya camner ok.

Tuesday, 3 February 2015

PENGACARA MAJLIS RESEPSI ANAK DATUK

^ASSALAMUALAIKUM^

Tahniah suria... tahniah yer... naik 1 level hahaha.


Bidang nie sebenarnya bukan baru bagi aku, tapi aku jer yang takot-takot nak try.
Sebab mental kene kuat beb… haha tetiba plak dah.

Teringat masa aku koje kat N.9 dolu-dolu… pempuan hotel kat seremban tue call...
Kring kring... hello cik suria yer?
Boleh ker cik suria jd pengacara untuk majlis kahwin sekian sekian sekian bagai… kami bayar cik rm seghibu hengget…
Wah ngko ingat aku teruja ker ko sebut seghibu tue… lain ler seribu tue haku leh sara hidup haku sampai pencen sambil hirup kopi kat pondok bawah pokok rambutan gading…
Pastu aku boleh beli emas besau sauh kapal tayang2 kat mak jemah yang cemburu giler babing kat aku tue...
Ok itu haku nak ler..

Secara jujurnya haku kurang minat ler.
Tapi kalu orang perlukan pertolongan aku, insha allah kalu tiada aral melintang patah, aku cuba untuk bantu dan tolong.

Leceh la wei, nak kene siapkan baju bling bling ler, nak kene makeup ler pastu nk kene dengau cakap tuan tanah ler… so memang ia bagai beban pada haku… sebab bukan minat.
Walupon orang kata MaaaaSYUKKKKKKK derrrrr!!!

Tapi haritu dah en. Tarmizi dari JPJ call minta tulung jadi partner… y not haku try… bukan sensorang pon kan… atlis ada bakup.

Maka bermula ler perjalanan aku sebagai ape ek… huhuhu okey aku juz try jek… harap sume berjalan dengan baik yer…






 Red velvet yang sedap.


Okey aku sertakan sekali contoh skrip yang lengkap dan padat untuk majlis resepsi.
Nie aku berduet yer...


SKRIP MAJLIS RESEPSI SYED ZAMMER BIN  SYED HAMZAH DENGAN NUR NADIAH BINTI DATUK MOHD YAMIN
30/1/15 DEWAN WARISAN
*****************************************************
SURIA
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
Saya bagi pihak Tuan Syed Hamzah bin Syed Bakar dan Profesor Madya Norsila bte Daim, selaku tuan rumah merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Resepsi putera beliau pada hari ini 30 Januari 2015, bersamaan 9 Rabiulakhir 1436 Hijriah.
Sukacita dimaklumkan bahawa DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis bercemar duli berangkat ke majlis pada malam ini. Sehubungan itu, mohon kerjasama hadirin untuk bangun sebaik sahaja di umumkan keberangkatan masuk Duli-duli Tuanku ke dalam dewan. Hadirin juga tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar dihadapan meja Diraja, sebarang aktiviti bergambar hendaklah dilakukan tidak melebihi meja paling hadapan. Hadirin juga dipohon untuk tidak meninggalkan majlis sehingga keberangkatan balik Duli-duli Tuanku. Segala kerjasama tuan puan amatlah dihargai.

TARMIZI
Mengumumkan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Perlis berangkat masuk ke dalam dewan.
(DYTM akan terus duduk di meja makan utama)

Mengumumkan perarakkan masuk pengantin ke dalam dewan.

Hadirin yang dihormati sekelian…
Sama-sama kita tumpukan perhatian kepada kedua-dua mempelai yang diarak masuk ke dalam dewan,sama cantik, sama padan, bagai pinang dibelah dua, begitu tertib langkah diatur, senyuman manis terukir dibibir…

Paduka raja sudah tiba
Permaisuri berada di sisi
Para pahlawan sudah berdiri
Dayang-dayang sudah bersimpuh
Gong sudah dipalu
Selawat sudah dibaca
Permaidani sudah dibentang
Hadirin sudah lama menunggu

Orang jauh tinggal dihulu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan
(Pengantin akan berhenti di hadapan tuanku untuk menyembah duli)

SURIA
(Setelah pengantin duduk di atas pelamin)

Mengadap Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, dan Duli Yang Teramat Mulia,  Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja puan Muda Perlis.

Ampun Tuanku,

Patik Bagi pihak majlis merafak sembah, menjunjung kasih atas keberangkatan Duli-duli Tuanku  bercemar duli berangkat ke Majlis Resepsi Syed Zammer bin Syed Hamzah dengan pasangannya Nur Nadiah Bte Datuk Mohd Yamin pada malam ini, sesungguhnya keberangkatan Duli-duli Tuanku amat bermakna bagi kedua-dua mempelai dan pastinya akan menyerikan lagi majlis yang penuh gilang gemilang pada malam ini.

Ampun tuanku, patik mohon limpah perkenan Duli-duli Tuanku untuk memulakan aturcara majlis, ampun tuanku.

 SURIA
(Protokol)

Yang Amat Berbahagia Datin Seri Nor Aswana Omar.
Isteri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis.

Ahli-ahli yang berhormat, yang dihormati dif-dif jemputan.

Yang berusaha Tuan Syed Hamzah bin Syed Bakar dan Profesor Madya Norsila Bte Daim.
Ayahanda Bonda Pengantin Lelaki.

Yang berusaha Datin Zuraida Bte Mohd Zain.
Bonda Pengantin Perempuan.

Yang Diraikan pada malam ini, pasangan pengantin raja sehari Syed Zammer bin Syed Hamzah dan Nur Nadiah bte Datuk Mohd Yamin, seterus tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian.

TARMIZI
 Hadirin sekelian…

Bagi memberkati majlis pada malam ini, sukacita dijemput  Al-fadhil Ustaz Hashim Othman Al-Hafis untuk menzahirkan bacaan doa… dipersilakan.
(Doa)

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon nangka
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah dengan adat pusaka

Yang dari bukit datang menurun
Yang dari lembah datang mendaki
Yang datang dari pulau berlayar
Yang dari hulu datang berdayung

Yang buta datang bertuntun
Yang tempang datang bertongkat
Yang duduk sudah bertemu lutut
Yang berdiri sudah bertemu bahu
Atas nama empunya majlis
Atas nama empunya hajat
Atas nama kaum kerabat
Ketibaan jemputan yang mulia
Kami sambut denga adat
Sekarang semua sudah berkumpul di dewan warisan
Kepada semua tetamu, tuan datang dari dekat dan jauh
Memanjat tujuh gunung
Menyeberangi tujuh lautan
Disawah tuan padi sedang masak
Pipit sudah mula datang
Sanggup tuan tinggalkan
Semata-mata kerana memenuhi undangan kami
Akhirnya sampai juga ke dewan warisan
Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada malam ini.
  
SURIA
Hadirin yang dikasihi sekelian…

Begitu cantik raja sehari
Lehernya bagai buyung petani
Pipinya bagai pauh dilayang
Hidungnya mancung bagai selundang
Matanya bagai bintang pagi
Jarinya bagai anak serai

Betisnya bagai bunting padi
Tumit bagai telor dikupas
Keningnya bagai semut berbaris
Dadanya bidang
Pinggangnya ramping
Rambutnya ikal mayang
Bibirnya delima merkah
Telinganya bagai telipuk layu

Dahinya bagai sehari bulan
Lengan seperti baur panah
Ibu kaki bungkal setahil
Pinggang secekak jari manis
Di betis tajam belat

Di pinggang perak berlapis
Di dada bintang menabur
Di rusuk siku keluang
Di belakang lentik padi
Di lengan semut beriring
Di tengkuk puyuh berlaga
Di dagu kumbang berteduh

TARMIZI
(Secara santai)

Begitu ayu sekali kedua-dua mempelai pada hari ini.

Padang temu padang baiduri
Tempat raja membangun kota
Bijak bertemu dengan jauhari
Bagai cincin dengan permata

Ayam dara dibuat gulai
Bungkus bekalan letak dibucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan ke anak cucu

SURIA
Hadirin sekelian,

Meneruskan acara resepsi pada malam ini, majlis dengan sukacitanya, mempersilakan pasangan pengantin untuk menyempurnakan upacara memotong kek.
(Potong kek di atas pentas dan bersuap)

Tiup serunai di atas para
Uda memupuk bunga melati
Mula Kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai dalam hati

Garang sungguh datuk bentara
Musuh melanggar habis di benam
Dulu seorang kini berdua
Hidup berdua susah dan senang

Sungai kelat pengkalan bali
Ubur-ubur dihujung tanjung
Siang terlihat malam termimpi
Badan yang mana sanggup menanggung

Di atas kota pokok jati
Sayang jati tiada bunga
Tuan seorang mahkota hati
Hidup mati kita bersama

  
TARMIZI
 Sempurna sudah upacara memotong kek, seterusnya majlis menjemput kedua-dua mempelai untuk turun dari pentas bagi menikmati hidangan makan beradap di meja makan utama.
(Pengantin turun dan berjalan terus ke meja makan)

Hadirin sekelian…

Hidangan kami tidak seberapa
Sudilah tuan jamah sahaja
Sekadar umbut dari belukar
Labu dari gunung
Ikan dari paya
Sedikit daging dan madu lebah
Santap beradat santap istiadat
Santap mempelai majlis kebesaran
Santap meraikan hormat menghormati


Bukan santap hendakan kenyang
Santap santun dengan aturan
Nasi disuap tangan kanan
Lauk diambil sopan santun
Sampai kemulut mamah perlahan
Di iring seteguk minuman
Dua suap ketiga sudah
Keempat basuh tangan
Kelima makan halwa


SURIA
Keenam makan sirih
Kelatnya jatuh ke rengkong
Serinya naik ke muka
Ketujuh makan buah-buahan
Kelapan minum manisan
Itulah santap adat kebesaran
Dalam adat zaman berzaman

Ampun tuanku,

Patik dengan penuh hormat takzimnya memohon perkenan Duli-duli Tuanku untuk memulakan santapan.

Dijemput juga para hadirin sekelian.
(Jamuan makan bermula)


TARMIZI
Para hadirin sekelian, sambil kita menjamu selera, kita akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari DE’ CARMS Band dengan dua buah lagu:-

1.            Selamat Pengantin Baru.
2.            Kaulah Segalanya.


Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
Lautan mana yang tidak bergelora
Begitu juga dengan rumah tangga
Pasti ada yang tidak kena

Bila sampai ke laut gading
Belokkan perahu mencari selat
Bila bertikai dalam berunding
Eloklah balik kepada adat
Bila malang tidak dapat ditolak
Inilah nasihat yang menjadi berkat
Genting jangan membawa putus
Retak jangan membawa belah
Sumbing jangan membawa pecah
Ingat amanah dari allah
Silap besar elok diperkecilkan
Yang kecil elok dilupakan
Kalau bertengkar suami isteri
Sama-sama menahan diri
Kalau berlaku salah sengketa
Duduk berunding lapangkan dada
Tenangkan hati panjangkan kira-kira
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati dihujung kuku
Hendak berkubur ditapak tangan


Ke darat rumah tok hakim
Hujan panas berderai-derai
Sudah disiram air talkin
Baru kasih kita bercerai


Untuk lagu seterusnya:-

1.            Di Pintu Syurga
2.            I Will Always Love U


SURIA
Kepada kedua-dua mempelai

Adat orang bersuami isteri
Pahit manis sama dirasa
Dalam surut ada pasangnya
Dalam susah ada senangnya
Dalam sempit ada lapangnya

Kalau sedikit sesudu seorang
Kalau banyak sesenduk seorang
Kalau untung sama-sama timbul
Kalau malang sama-sama tenggelam
Kalau di belakang sama-sama kalah
Kalau tebu seruas seorang
Kalau nangka seulas seorang
Payung satu sama berteduh
Perahu satu sama menyeberang
Kalau sempit sama berhimpit
Kalau lapang sama berlegar…

Biar terok asal keluarga elok
Biar berhutang asal anak menjadi orang
Biar bergadai asal anak pandai
Biar tenat asal anak isteri selamat
Mudah-mudahan kasih abadi sampai ke kubur
Dendam berahi tidak pernah luntur
Sayang kekal sampai kiamat
Cinta tidak putus sepanjang hayat
Demi memastikan kerukunan rumahtangga hidup bersama perlu bermuafakat


TARMIZI
Ikan sepat lemak rasanya
Lebih lemak dari gelama
Pisang sesikat digulai sebelanga
Tanda muafakat bersama-sama
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Yang tidak ada sama dicari
Dapat sama untung
Hilang sama rugi
Sakit sama senang
Kebukit sama mendaki
Ke lurah sama menuruni
Yang ada dimakan bersama
Hati gajah sama dilapah
Hati kuman sama dicicah
Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat

  
Seterusnya Kita perdengarkan lagu:-
1.            Sway
2.            Mewangi
   
SURIA
Kepada mempelai perempuan, hayatilah nasihat dari ayah bonda.

Wahai anakanda
Buah hati ayah bonda
Patutlah anakanda berumah tangga
Patutlah sudah anakanda bersuami
Sepanjang ada yang mahu

Menjadi isteri muliakan hati
Taat setia kepada suami jangan berbelah bagi
Contohilah perangai ibumu
Kurangkan anakanda meminta
Banyakkan anakanda memberi
Lebihkan timbang rasa
Insha allah suami anakanda akan lapang hati
Apabila menilai tingkah laku suami
Ingatlah pesan ayahanda
Adat manusia tidak ada yang sempurna

Ada lebih ada kurangnya
Ada buruk ada baiknya
Oleh itu
Buruk suami jangan anakanda caci
Kurang suami jangan dibenci
Kelemahan suami jangan dicari


TARMIZI
Kesabaran suami jangan diuji
Iangatlah anakanda
Sebagai perempuan sesudah bersuami
Martabat anakanda makan terpuji
Anakanda menumpang tuah suami
Kerana ada suami, anakanda bertambah murah rezeki
Kalau anakanda hendakan suami yang elok
Jadilah isteri yang  elok
Tuah lelaki yang mendapat isteri yang manis mukanya

Tuah perempuan yang mendapat suami yang teguh kasihnya
Wahai anakanda intan pilihan
Tunaikan tugasmu jalankan kewajipan
Supaya rumahtanggamu diredai tuhan

Kepada pengantin lelaki, dengarlah nasihat ayah bonda

Sekarang anakana sudah beristeri
Dengarkan pesan ayah bonda
Adat menantu dengan mertua
Bagai timun dengan durian
Menggolek pun luka
Kena golek pon luka
Hormati adat di tempat mentua
Dimana bumi dipijak
Disitu langgit dijunjung

Untuk lagu seterusnya, Barakallah. Bulan Ditutup Awan. Diam-diam Jatuh Cinta.

SURIA
Hadirin sekelian…

Meneruskan majlis pada malam ini, dengan sukacitanya majlis menjemput Tuan Syed Hamzah bin Syed Bakar selaku tuan rumah untuk menyampaiakan  ucapan.
Dipersilakan…
(Ucapan tuan rumah)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Acara seterusnya ialah persembahan cenderakenangan. Untuk itu, dititah mengadap Tuan Syed Hamzah Syed Bakar dan Profesor Madya Norsila bte Daim mempersembahkan cenderakenangan kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Perlis.

Menjunjung kasih tuanku.

TARMIZI

Bak kata orang
Kalau memanjat sudah sampai ke puncak
Kalau menurun sudah sampai ke lembah
Kalau terjun sudah sampai ke tanah
Kalau berenang sudah sampai ke pantai
Kami minta ampun dan maaf
Kalau ada wajah yang tersalah pandang
Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap
Kalau ada yang duduk tersalah tempat
Kalau ada hidangan yang tersalah bekas
Kalau gelas tersalah letak
Kalau nasik tersalah tambah
Kalau ada mangkuk yang pecah
Kalau gulai kami terlebih garam
Kalau kopi tidak cukup gula
Kalau labu digulai masam
Kalau santannya tidak cukup pekat

Majlis mempersilakan kedua dua mempelai untuk bergerak ke pintu utama bagi sesi beramah mesra dengan para jemputan, dipersilakan.

Mengumumkan keberangkatan balik Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat mulia Tuanku Raja Puan Muda Perlis.


-TAMAT-