suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Monday 15 June 2015

UKURAN LANGSIR AKU

^ASSALAMUALAIKUM^

KIRAAN LANGSIR UTK RUMAH BARU AKU

Alhamdulilah, setiap ape yg berlaku, disitu pasti ada pelajaran baru, apatah lagi aku nie, yela kalu dulu aku bukan geti bab-bab langsir bagai, yang tau beli kain pastu hantar g tempah... ape gupe pon bukan amik tau langsung.
Tapi tu zaman anak dara ler.
Tapi sekarang dah lain, bila kita ada rumah sendiri, baru kita tau serba sedikit pasang langsir dari railing, kayu eyelet, jenis kain dan macam-macam daaaa.

Dulu aku penin gak… macam-macam gak nak kene pikir, pastu aku gajinkan diri search tenet bab langsir ni.
So bila dah tau langkah pertama yang aku amik ialah:-
1. Ukur semua tingkat yang ada di rumah.
2. Sediakan duit untuk kain, tempahan dan kayu atau railing.
3. G nagoyah, tanya budak yg jaga langsir, tunjukkan ko punya ukuran.
4. Pilih jenis kain dan kaler.
5. Bayar duit kain.
6. Lepas 2 bulan g amik langsir yang dah SIAP.
7. Aku import adik aku utk pasang kayu langsir

CONTOH UKURAN RUMAH AKU:-

Tingkat Bawah:-

Sliding Door Bawah:-4 Daun/Panel.
8 kaki Lebar           :96 inci (3+3 kiri kanan)(102” kain)
8 kaki Tinggi          :96 inci (20 atas)(118” kain)
Kiraan kain aku adalah 18.5 meter.
Untuk kayu pulak 9 kaki.

Tingkap Bilik Bawah:-1daun/Panel.
2 kaki Lebar           :24 inci (3+3 kiri kanan) (30” kain)
5.3 kaki Tinggi       :64 inci (34bawah)(118” kain)
Kiraan kain aku adalah 3.5 meter.
Untuk kayu pulak 4 kaki.

Tingkat Atas:-


Tingkap MasterBedRoom:-3 Daun/Panel.
6 kaki Lebar           : 70 inci (3+3 kiri kanan) (102” kain)
5.3 kaki Tinggi       :
64 inci ((34bawah) (118” kain)
Kiraan kain aku adalah 10.5 meter.(ini bidang 110).
Untuk kayu pulak 6.5 kaki.

Sliding Door MasterBedRoom:-2 Daun/Panel.
4 kaki Lebar           :48 inci (3+3 kiri kanan) (54” kain)
8 kaki Tinggi          :96 inci (20 atas) (118” kain)
Kiraan kain aku sama dengan tingkap masterbedroom sebab bidang 110.
Untuk kayu pulak 4.5 kaki.

Tingkap Bilik MJI:-3 Daun.
6 kaki Lebar           :70 inci (3+3 kiri kanan) (76” kain)
5.3 kaki Tinggi       :64 inci (34bawah) (118” kain)
Kiraan kain aku adalah 10.5 meter.
Untuk kayu pulak 6 kaki.

Tingkap Bilik NIA:-1 Daun.
2 kaki Lebar           :23 inci (5+5 kiri kanan) (30” kain)
5.3 kaki Tinggi       :64 inci (34bawah) (118” kain)
Kiraan kain aku adalah 3.5 meter.
Untuk kayu pulak 4 kaki.


Untuk Bidai/Blind.
Tingkap pintu:-1 Daun.(Kiri + Kanan).
2 kaki Lebar           :23 inci (5+5 kiri kanan)
5.3 kaki Tinggi       :64 inci (34bawah)


Tirai/Bidai (Blinds) Tingkap Dapur:-2 Daun.
4 kaki Lebar           :46 inci (5+5 kiri kanan)          
5.4 kaki Tinggi       :64 inci

Yang ini aku tempah kat KOREA WALLPAPER.
RM230.00                              

Railing kayu:-Bawah.
Sliding door bawah 4 daun.
Tingkap Bilik bawah 1 daun.

Railing kayu:-Atas.
Sliding door masterbedroom 2 daun.
Tingkap masterbedroom 3 daun.
Tingkap bilik mji 3 daun.
Tingkap bilik nia 1 daun.

Untuk info, aku hanya guna langsir nite... day day xde ok... jimat katanya.

Anggaran untuk kain sebanyak 46.5 meter semuanya =RM914.70.
Untuk kayu pulak sebanyak 6 tingkap dan 2 sliding door sebanyak =RM278.80.
Dan untuk tempahan sajer bagi kesemua langsir adalah =RM133.00. Murah giler.
Untuk bidai dapur RM230.00

Jumlah:-RM1556.50.


Ini langsir sliding bawah.
Aku pilih plain sebab nampak ringkas.
X suka ada corak2 sebab aku planning konsep kat bawah adalah simple suci murni.
Tapi sayang ukuran dah betol cuma bila dah buat plaster siling, dia jadi rendah.
So kain dah jadi meleret.

Dan paling best aku guna langsir nite sajer...
Sebab aku x suke berlapis-lapis bagai.

Ini tingkap depan betol2 sebelah pintu kayu.
Aku pasang stiker kaler gelap dulu.
Lepas raya baru nak order blind.
Bajet nan hado kato eh.

Blind kat dapur nie aku order kat Korea Wallpaper Kangar.
RM230.00 kaler hitam.
Kaler lain yang lagi cantik ade tapi mahal banyak.

 Yang ni dibilik bawah... dekat dengan dapur.

 Jom kita tengok bilik atas pulok.

Ini bilik jibriel...
Sebenarnya tema bilik mji biru hijau tapi kaler tu xder.
So aku amik kaler merah.
Tapi ntah bila diorg nak tido bilik sendiri pon aku xtau lagi.

 Ini plak bilik amani.

 Ini tingkap bilik aku.
Kaler gelap sebab petang matahari terpancar bila terbenam...

 Sliding m/broom.

Jadi sedikit sebanyak baru aku tau, ooo cam nie gopenyer nak pasang langsir eyelet, nak beli kain gini gitu, nak sama tema bilik bagai dan banyak la.
Aku yakin ngan diri aku bahawasanya langsir ini akan bertahan lama.
Dan amat tipis untuk bertukar ganti... huhuhu.
Memang aku sugest korang tempah dan beli kain di nagoya... berbaloi.

Wednesday 10 June 2015

FAMILY BATANG MELAKA

^ASSALAMUALAIKUM^


Alhamdulillah, seperti dirancang.
Family ain sampai juga di Negeri Perlis.
Aku sangat happy bila kata diorg nak datang.
Sebagai tuan rumah, banyak benda yang merunsingkan aku.
Yela ada yang belum pernah tiba.
Makcik nor ngan oyang dah pernah tiba tahun lepas.
Lagipon umah ada lagi yang x siap, sinki kabinit dapur problem, bilik air bawah asyik tersumbek yo.

Hari sabtu lebih kurang kol 11.30 malam(6.6.15) dorg pon tiba di Teratak Iman.
Aku sambut dengan hati yang lapang.
Memang ramai, ada 17 org dewasa dan 2 anak buah aku yang sangat comel... 19 kesemuanya.
Toto tilam bantal memang x cukup... huhuhu.
Tapi tu bukan halangan dan mereka pon paham.
Yang lelaki tido atas, geng pempuan tido bawah...
Wah meriah sungguh uma aku weh.

Esoknya memasing bangun awal sebab nk g makan Capati Beseri dan g Padang Besau.
Pastu g makan tengahari di Teratai Putih.
Kemudian terus g melawat mak mertua aku di Permatang Keriang, pastu aku bawak g makan Kaksu Laksa Kola Perlis.
Mak ai kemain gamai lagi ek.

Hari isnin plak kol 5 pagi diorg dah bangun mandi...
Nak g Langkawi katanya, yang syoknya anak buah aku kol 4.30pg bonda dia dah mandikan...
Punya ler excited ek...

Naik feri jam 8.15 suku pagi...
Yang syoknya aku beli tiket 17 org...
Tetiba si sapri kata weh mana tempat abg ngah ek...
Rupanya tiket ada 17 jer, tp penumpang ada 18... hahahahah memang lawak.
Udahnya aku explan pd budak feri tu dia kata xpe,duduk ler berhempet-hempet...
Alhamdulillah... sampai juga...
Diorg nak g Cabel Car. 1 kepala RM20.00. RM15.00 utk Kanak-kanak 2-12tahun.
Aku nagn amani x naik la...
Dari bawah aku tengok kemain tinggi mencuram lagi.
Buat seram jek.
Baik aku dok bawah senyap2...

Petang dalam kol 6 kitorg balik naik feri.








Pastu hari selasa kol 7pg diorg bertolak balik Melake.
Aku biasa ler, mula nak sedih2.
Yela, cube ko bayangkan, macam ko duduk luau negara.
Xde sesape, jauh dari kuarga.
Pastu kuarga dr Malaysia nk datang melawat ko kt obersea tu.
Hah gitu la ibaratnya aku kat sini.
Lain beb, touching beb...

Hanya org yang alami cam aku jer tau perasaan tue... Uwaaaaaaa.

Insha allah akita ketemu lagi.
Sampaikan salam rindu aku pd kalian sume di melaka.

Friday 5 June 2015

UPDATE

^ASSALAMUALAIKUM^

Lama x tulis diari nie.
Alhamdulilah, proses nak masuk umah baru di Taman Putra Utama makin selesai.
Segalanya dah siap.
Kitorg tak de ape yg nak direnovatekan.
Yang penting, grill kaler putih biasa2, plaster siling kat bawah termasuk dapur/bilik bawah.
Kabinit dapur putih pink. Lampu kipas, wiring dan pemaju repair defect.
Cuma cat asas jer belum... warna idamaku PUTIH suci murni giteww.
Sume asas jer.

Sungguh biasa2 jer umah kitorg, aku plan memang xnak tambah sebab rumah tu pada aku sudah cukup besau. Cukup utk 4 beranak dan family melaka nak tido.
Lagipon anak2 masih kecik kan. Yang ada sudah cukup.
Yang best jiran kiri kanan siap tambah atas bawah, kitorg di tengah dah jimat juz nanti tambah awning belakang dan naik bata jer. Cukup.

Salah 1 impian untuk memiliki umah sendiri bersama suami TERCINTA dah tercapai.
Atlis nampak titik peluh selama 10 tahun bekerja.
Alhamdulillah.
Insha allah esok malam kitorg akan rasmi tido sana...