suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Tuesday 16 February 2016

JIBRIEL 4 TAHUN

^ASSALAMUALAIKUM^

Selamat Hari Lahir Muhammad Jibriel Iman bin Anuar.
Dah 4 tahun dah umur jibriel yer.
Tak sangka sungguh ummi kejap jer awak membesar sayang.
Makin lama makin sihat, demam pon dah jarang.
Tapi makin besar makin gelap plak ummi tengok awak yer. Berat pon da cecah 17kg.
Besday awak kali nie ummi cuti seminggu dan bawak awak ngn kakak balik Melaka.

So ini kali pertama awak sambut kat Melaka.
Dapatlah berkumpul ngan family Melaka.
Ada atok, makwa, nek minah, ayong, cudin, ayang & bonda, aceh dan qayyum.
Lagipon kita sambut sekali ngan Anniversary ayang & bonda 4 tahun perkahwinan.
Kita makan pon simple jek, ummi beli kek, cudin beli KFC, ayang beli satay dan makwa masak mee goreng basah. Okay simple je kan.

Hadiah pon ummi x belikan lagi.
Maklumlah ummi lom dapat gaji lg.
Nanti yer tunda sat… hihihi.
Jadi ummi doakan supaya baby@adik akan menjadi anak yg soleh, bijak juga dan hormat org tua.
Ummi nak awak seronok dengan dunia kanak-kanak awak.
Ummi sentiasa rindu pada awak dan kakak.
Membesarlah dengan sihat dan kuat yer sayang.

 







 Cucu Karim & Sadiah ada 4 org.
2 lelaki 2 perempuan.
Meriah jugak.






MARY KAY SKINCARE UNTUK SAYA

^ASSALAMMUALAIKUM^



Umur aku sekarang dah masuk 30an.
Tak sangka aku da tua.
Jadi bila dah tua nie, kulit aku makin lama makin banyak jeragat.
Puncanya  bila kulit kering.
So suka tak suka aku kene cari SKINCARE yang aku rasa sesuai dan serasi juga yg aku mampu.

Kalu korang nak tau.
Dari zaman sekolah sampai la nie.
Aku tak pakai skincare papepon.
Sebab aku nie pemalas.
Bedak pon aku xpakai.
Sungguh aku tak tipu.
Kecuali kalau aku kene bertugas dalam event yg besau.
Pikir punya pikIr, aku rasa aku kene cari something.
Kebetulan aku baru pindah KL.
Kebetulan bff aku kt sini pakai MARY KAY, dan geng wanita kat sini sume guna MARY KAY.
Mula aku x terpedaya.

Tapi lama kelamaan, aku cam sonok giler pula bila tengok.
"Eh macam cantik kulit jer depa".
Aku pon amik keputusan, aku nak juga try.
So far Alhamdulillah, aku macam serasi jek beb.
Kebetulan bos kesayangan aku nie mmg consult MARY KAY.
Dulu dia racun aku tp aku berjaya tepis.
Tapi sekarang aku cari dia nak kayakan dia.
Kebetulan bulan nie ada diskaun… dari RM314.00 turun RM242.00.
Bulan nie sahaja ok.
Dia racun aku, okey suria bayar sebulan RM50.00 pon jadilah.

Terus aku suh dia pos kt KL nie.
Kalu org lain 3 kali bayau.
Wei 3 kali bayau pon, sekali bayau makan ratus gak tau tak.
Bila dia ofer gitu terus aku setuju.

Aku kan special. Huhuhu.

So pilihan aku yg kulit  biasa-biasa ajer.

1.) Cleanse.
2.) Toner.
3.) Hidrate.(pelembab pg ptg mlm)
4.) Mask.(2 kali seminggu)

Yang ini untuk aku yg baru saja nak berjinak-jinak guna Produk nie.

Kemudian nanti bila dah bersih so aku akan beralih ke Step 2 3 4 dan produk tambahan.

Jadi kita guna dulu beberapa bulan dan kemudian hari baru kita tengok hasilnya camner ok.