suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Monday 9 November 2015

17 KE 22 / DARI PERLIS KE KL

^ASSALAMMUALAIKUM^

Syukur Alhamdulillah, aku dah selamat lapor diri di tempat baru pada 15.1.15 (khamis).
Dan bermula 2.11.2015, aku telah pon selamat menjalankan tugas ditempat baru iaitu
Pusat Maklumat Rakyat, Japen WPKL di tingkat bawah bangunan SIME DARBY KL.

Suasana baru, semangat baru, kawan baru, cara kerja baru, idea baru, org baru, dan jawatan baru.
Mungkin ini merupakan tanggungjawab yang besar utk aku pikul, aku yakin apa jua yg berlaku dan terjadi sudah pasti DIA MAHA ketahui.

Segala perancangan aku untuk 5 tahun pertama, 5 tahun kedua menjadi kenyataan.
Genap 10 tahun dalam jabatan, target aku menuju sasaran.
5 tahun di HQ Negeri Sembilan, 5 tahun di Perlis dan sekarang fasa 5 tahun ke-3 di WPKL.
Aku mengharapkan sesuatu yg baik dalam kerjaya supaya aku dapat menjalankan amanah yg diberikan.

Pertama, aku dapat tawaran naik gred ke S22... terkedu jugak sebab doa kita allah makbulkan.
Tetapi di tempatkan di JAPEN WPKL. Bermakna aku jauh dari anak-anak dan somi. Aku terpaksa berkorban buat sementara waktu.
Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Ramai yang tanya family macamana terutama anak2.
Yer, aku percaya setiap apa yg datang ditentu dan diatur DIA.
Kita hanya merancang tapi hanya DIA menentukan.
Somi aku lepaskan dan izinkan... dan tak pernah letak syarat.
Pesannya balik bila ada masa lapang... sebulan 2 kali pon xpe.
Amani dan jibriel sangat memahami... aku kata pada dia, kakok ummi kene g kusus... dalam jangka masa 6 bulan... nanti ummi dah settle ummi balik na...
Dan seperti biasa dia ok dan selalu ingatkan aku... ummi esok rabu nak p dah kan... ummi esok khamis ummi p kusus kan?

Mudahkan anak-anak aku. Adik pon ok jer... aku ada gak rasa sedih tp...
Syukur aku masih ada mak ayah mertua dan kakak ipau suri rumah tangga sepenuh masa yg banyak bantu aku dan somi... mudahnya hidup aku kt sini... betol kalu kita berjasa dan baik dengan mak ayah sendiri... adik beradik sendiri... kita akan dapat hasilnya... dari keluarga mentua kita.
Benar kata org, berjayanya sesesorang itu, kita lihat siapa berada disekelilingnya.
Suami, anak-anak, mak ayah, mak ayah mertua, adik beradik, ipau duai, keluarga dan sahabat karib atau BFF(rindu plak aku rindu kt ko ina & kak faiza).

Rumah sewa pon mudah dapat, dan diorg pon mmg baik2 belaka.
Walupon ramai giler, 12 org 1 umah... flat plak tu.
Sabau ajer ler.
1 kepala rm300.00
Untung owner tue... rm3600.00 sebulan... huhuhu

Pesanan dan nasihat yg diorg bagi sangat membantu.
Selain dari usaha dan tawakal.
Cuma untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu ada pengorbanan yg bukan sedikit.
Untuk org yg aku kasihi.
Aku sangat dan sentiasa memerlukan kamu semua.
Miss u much sayang… Nur Iman Amani & Muhammad Jibriel Iman.
Ummi harap ummi tak lama disini tinggalkan awak berdua.
Insha allah ummi akan balik juga utk kehidupan kita yg sudah sedia baik.
Ummi yakin, ayah, tok, tokwan, makngah shon n pakngah akan jaga awak sebaik mungkin.

Rindu kamu sangat, Hanya ALLAH yg maha ketahui isi hati ini.











No comments: