suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Showing posts with label ENTRY PUKAL. Show all posts
Showing posts with label ENTRY PUKAL. Show all posts

Friday, 8 January 2016

TAHUN 2016

^ASSALAMMUALAIKUM^

Alhamdulillah, tahun baru 2016 aku berada kat Perlis dengan anak-anak.
Lama gak aku cuti start dari MaulidulRasul...
Cuti tahun baru Gomen Perlis tak cuti, diorg bekerja termasuk aca.
Malam tue kitorg g jenjalan jer kat kola perlis, g funfair, petang tu g alor star jap g makan-makan.
Aca amik cuti last minit utk kitorg, jadilah dr dok umah sajer kan kan kan.

Masa MaulidulRasul, family makngah, mak n makminah aku ada dtg.
Aku cam besa sonok sangat bila family melaka aku sampai.
Memang dalam setahun aku spend masa cuti utk sambut diorg, yela ko bayangkan kemain jauh lol.
Bukan mudah nak datang sini.
Dan paling best nek encu aku pon tidur umah aku, memang sonok berganda.
Alhamdulillah bila dah masuk umah baru nie jd selesa sikit.
Nak masak pon senang, makan luar lagi senang, sebab perumahan kitorg kat tengah pekan, keliling tue banyak kedai makan, ko sediakan duit jer.
3 malam jugak diorg dok umah aku, dan laki aku bawak g padang besau n kokdiang g makan pasemboq.
Makngah aku kata xyah order bebanyak tapi last last aku tengok dia punya pinggan paling licin...

Yang budak laki 2 org tue aku tya nak tambah lagi tak?
Ceh muke memasing konon xmau, sudahnya diorg g order senyap2... haha kan aku dah kata korg mmg xkan cukup la, adik lelaki aku dak nas pon kalu makan 2 pinggan setengah.

Mak minah aku makan dalam kete, dia pemalu sikit bila berdepan, yela dia taukan diri dia mcm tue, bila aku ngn aca nk angkat makan kat meja memang dia xmau.

Nie dia makminah aku, adik bongsu mak aku, dia cacat, dia dok ngan mak aku dari kecik lagi, skrg umo pon dah 40 lebih gak la...
Ngan cucu dia jibriel, tapi skrg asik la bergaduh, pada pada aku heran tol.

Tudung itam nie makngah aku, kakak mak aku, dan yg tudung oren tu nek encu aku,
nenek sedara belah mak aku dok chohong.
Dah berumur tp masih kuat, mata pon x rabun, aku suke jer bila dia nk ikut aku balik, sanggup dia tinggalkan kenduri anak dia, dia pon dari melaka sebab kenduri kahwin umah maklong ida aku kat padang melangit. Kitorg sume pas kenduri terus ke p. besau n kokdiang sini.
Pastu kitorg g umah mak mertua aku sat ja.

Bila dah balik melaka esoknya mak aku masuk spital sebab bisul kt peha makin membesau hingga kene operate.
Erm sabau jer ler aku dengau.

Ini dia buah hati aku, seminggu lebih aku bercuti, kojenya berkepit jer, pegang tangan mmg tak lepas, cium mulut lg la setiap 5 minit sekali, pastu bila dia meradang, "ati yah adik yum" hahaha.

Jibriel nie mmg rapat sikit ngn tok dia belah perlis, yela dah aku xde tok dia yg tolong tengok.
Sedih gak aku, mak mertua aku tue pon dah tua sangat beb, umur pon ada dalam 80an gak. Tapi masih kuat. Aku bersyukur ada mak mertua yg banyak bantu aku. Sape kata aku tak sayang mak mertua aku. Hanya allah yg tahu isi ati aku nie tau tak.

Ko tengok mandi pon ngn tok gak, pastu memain dulu, yg tok mmg suke melayan, kalu ngan aku mmg xder can la nk main2 nie... hihihi.

Kemain geram aku tengok bontot n siput dia tue, aku boleh kata jap jap gigit bontot, tangan n pipi dia, sampai menangis-nangis aku kejekan... geram wei...


Si kakak pon suke menyakat dia.

Yang ini si kakak, anak dara yg aku rasa sangat aktif dan cergas. Masih menyusu botol.
Tahun nie tahun ke-2 tabika perpaduan anggerik. 

Kakak nie jenis yg suker bersukan.
Pandai bawa diri. Aku bila ada masa dan ruang aku akan bawak diorg jenjalan beriadah.
So banyak yg akan kita ceritakan pd diorg dan diorg akan cerita balik apa yg berlaku.
Ayat yg selalu amani guna..."ummi kakok sonok p taman, kakok suka" dalam longhat peghelih gitu.

Hari sabtu sebelum naik sekolah kitorg bawak dia g gunting rambut sebab rambut depan dah mencucuk mata.
Yang paling best aku tengok rambut dia dah macam sally yg mcm pondan tu nama sebenar salleh dalam cita upin&ipin tue.
Mula-mula dia gelak tp lama-lama kita panggil dia sally dia nangis sebab nama dia bukan sally... hahahahah. Kesian aku tengok dia, abis dah rambut gupe sally nk buat guane deh... tp awak stil comel sayang... buah hati ummi.

Gambar yg sentiasa aku rindu.

Hero aku, sorg siput sorg gondang.

Org yg banyak tolong aku.
Yang tolong jaga anak-anak aku.
Sib baik dpt somi solehah dan mithali... huhuhu.
Tapi aku selamber sound gak, abg jgn ada hati nak tambah bini yek.
Hahaha mentang2 dok jauh ken ken ken.

Friday, 1 February 2013

ENTRY PUKAL JANUARI

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Bulan januari 2013... saya mulakan dengan perkara-perkara yang indah. Dan masuk pertengahan... ke hujung bulan, baru saya lalui fasa yang menyedihkan sedikit. Ini yang dikatakan dugaan untuk menjadikan diri kita seseorang yang lebih kuat.
 
1. Nur Iman Amani demam panas. Jadi sikapnya yang mengada-ngada adakala buat saya naik angin sehingga tertinggi suara "ummi" macam "singa betina". Tapi saya tahu, kakak demam sebab nak pandai banyak perkara. Dan saya suka buat-buat marah padanya kerana bila saya marah, kakak akan merajuk dan memeluk saya sekuat hati. Ini bermakna kakak adalah seseorang yang ada sifat pemalu dan mempunyai hati yang lembut.
 
2. Muhammad Jibriel Iman pula mengambil tempat... bayangkan masa jibriel demam, selama hampir 2 minggu jadi x keruan. Dari seorang yang suka berjalan, suka bergelak ketawa... jibriel berubah langsung berdiri pun x mau. Bayangkan betapa takutnya saya bila si bujang saya x mahu langsung berdiri. Mungkin pada saya, kakinya lemah dan tak betenaga. Saya sangat risau, berulang-alik ke klinik dan hospital... sehingga saya yang memberi cadangan kepada doktor untuk xray dan ambil darah pada jibriel supaya demam jibriel tidak menjadi teka-teki. Sebagai ummi saya perlu tahu, apa yang buatkan anak saya jadi macam  tu, dan alhamdulillah jibriel hanya demam biasa. Ada kuman dalam darah dan perlu teruskan makan antibiotik. Kalau saya x  paksa doctor maka saya xkan tahu apa-apa? Betul x? Dan sekarang alhamdulillah jibriel makin sihat dan kuat makan.
 
3. Saya juga demam teruk. Dimana seumur hidup saya tidak pernah saya demam sebegini rupa. Ulang-alik ke spital seperti biasa untuk dapat mc spital kerana cuti dibekukan sebab nak PRU-13... rupanya saya kene "radang tekak atau tonsil"... yer sangat perit untuk saya kali ini. Dari seorang yang penakut ubat... saya jadi berani dan saya balun segala jenis ubat yyang ada untuk cepat sembuh. Bukan untuk saya, tapi untuk anak-anak. Dan saya benar-benar tidak punya tenaga. Berdiri dan buka mata rasa nak pitam. Yang boleh saya buat hanya baring. Dan Alhamdulillah sekarang saya makin okey walaupun adakala saya rasa saya tidak seceria dulu. Apa pun terima kasih pada mak mertua dan kakak ipau saya yang tulung saya jagakan anak-anak kecil saya... termasuk juga aca saya.
 
4. Walapupun masing-masing berdepan dengan segala sakit bagai tapi hidup tetap diteruskan. Impian kami untuk memiliki rumah sendiri "sedang dalam proses". Itulah impian saya sekarang. Taman Putra Utama... isyaallah it will be...
 
5. Untuk kerja, banyak perkara yang terhutang. Tambahan pula sibuk sana sini nak hadap PRU 13. Saya? Insyaallah akan terus menyokong kerajaan yang sedia ada kerana saya jenis bangsa yang tidak mudah lupa diri. Paham-paham je la yer...
 
6. Rindu pada ayah saya, 24hb hari tu besday ayah... jadi saya x beri apa-apa pun... cuma doa dari jauh... dan yang paling menggembirakan hati saya ialah bila saya dengar suara ayah saya yang ceria bila bercakap dalam talipon dengan kakak... bahagianya bila dengar "atuk berborak ngan cucu kesayanganya". Perkara yang membuatkan hati saya sentiasa tersenyum hanya kerana dengar ayah saya "ketawa besar dan gembira" bila bercakap dengan kakak. Rindu pada mereka.
 
Tu jer serba sedikit apa yang saya lalui dalam bulan januari ini. Indah dan membahagiakan. Segala berjalan lancar. Mudah dan dipermudahkan. Untuk bulan februari ni sudah saya mengharapkan lagi baik.
 
Tak sabau nak jumpa kuarga melaka... katanya nak datang sini bila raya cina. Apa pun saya sangat-sangat rindu kepada kuarga melaka saya.


P /S : Berubah lebih baik daripada yang tidak mahu berubah.