suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Thursday 31 October 2013

02# LUNCH BERIANI KAMBING PUTRA PALACE

^ASSALAMUALAIKUM^

Antara Makanan Yang Sedap Di Perlis.

Kepada Penggemar Nasi Beriani Kambing bek bek.
Disini saya nak promosi nasi beriani kambing bek bek bek.
Walaupun saya bukan penggemar nasi beriani dan segala nasi berwarna termasuk nasi minyak ka,
nasi tomato ka, nasi ujan panas ka  atau apa jua nasi yang berminyak.
Tapi hasil dari aca makan a.k.a penggemar kambing... haha.
Katanya "recomended".
Harga pun sangat berbaloi ler.
Standart yer.

Harga termasuk air yer.
Try ler.

Saya pilih yang ini.
Pada saya biasa-biasa sahaja.
Pada saya gred B kot.

Ini ler rupanya... siap air RM15.90...

Kot la orang luar yang baru datang perlis teringin atau mengidam nak makan ken.
Xyah lah cari 1 Perlis pulak.
Terus ke Putra Palace jer.


P/S: Kadang takot juga... Kot nak mintak sign tambah lg sorang ker... hahaha cuak cuak.

Tuesday 29 October 2013

QASEH UMAIRAH 1 TAHUN SUDAH

^ASSALAMUALAIKUM^

HEPY BESDAY UNTUK QASEH UMAIRAH BINTI NASRI.
1 TAHUN.
29 OKTOBER 2013.

Qaseh ni anak buah saya yang first.
Cucu pak karim yang ke-3.
Cucu pempuan yang ke-2 selepas Amani.
Anak kepada adik saya Nasri bin Karim.
Dilahirkan pada 29 Oktober 2012.
Di Hospital Besau Melaka.

 Ummi, ayah nuat, kakak & abg jibil wish aceh jadi anak yang baik untuk babah & bonda.
 Ni jer yang mampu ummi hadiahkan untuk aceh...

Rindunya kat aceh yang kuat nangis keleymemey...
Nangis macam kene dera ngan amah.
Macam bonda dia jer... haha.
Dah lah kenit, kemain lasak pulak tu ken...
Suka pulak menyondol-nyondol masa netek... haha.
Ekau gegajin ler jenguk maktua ngan nek minah ekau kek umah tu...
Bukan jauh bona pon nak balik... uhuhu.
Nanti aceh datang cini bawah orang batang melaka ngan airkangkong yer aceh...
Muahmuahmuah.

Ekau jadi anak yang baik yo...
Ekau jangan melawan banyak sangat... nanti eden lontum kang... huhuhu...






P/S: X salah kalau kita hargai dan celebrate besday insan tersayang... Masing-masang ada cara tersendiri untuk mengekspretasikan kasih sayang.

Monday 28 October 2013

TAYAR BARU DI KEDAI MELAYU

^ASSALAMUALAIKUM^

Disini saya nak promote 1 kedai tayar.
Tak kisah tayar apa tetapi ini kedai BUMIPUTERA @ ORANG MELAYU YANG PUNYA di
Negeri Perlis DAMAI LAGI MEMPERSONA.

Saya dah servey kalau boleh saya nak cari kedai orang melayu, dah servey nak guna tayar continental dan akhirnya yang saya jumpa inilah satu-satunya kedai tayar tunggal bumiputera di negeri kecil ini.
Bayangkanlah...
Jumlah penduduk kurang lebih 240 000ribu.
Dan yang berjaya hanya seorang sahaja.
Boleh bayangkan?
Jadi inilah masanya untuk saya bantu mereka.

Saya tanya kakak tu siapa ownernya?
Kakak tu kata ni bisnes abang dia dan family.
Then saya tanya ni ke kedai tayar melayu yang ada kat perlis ni?
Yup, katanya nilah satu-satunya kedai melayu yang ado.
Kalau ada sesiapa yang nak bagi saya modal hampir 300 000ribu, untuk buka perniagaan seperti ini sudah pasti saya pertimbangkan untuk memperluaskan lagi ekonomi kita orang melayu deh.
Kalau lerrrrrr!!!

Okey seriusly, masa mula-mula beli kereta ni dulu saya bukan tau pon guna rim bape?
So bila da tukau baru tau... oooo rim 14 rupanya ek.
Dan sebelum ni tayar yang saya guna adalah from China, bermakna tiada jenama okey.
So saya disarankan oleh pomen-pomen sedunia untuk tukau tayar yang lebih baik kerana saya selalu buat perjalanan jauh macam balik ke melaka bandaraya bersejarah.
2 tahun 2 bulan saya guna tayar yang xdo jenama tu... 

Antara tayar terbaik adalah michelin wooo tapi mahai sungguh wey... toyo tyre pon okey.
Ni brand dari jopuunn weh.
Dan sebelum nie saya nak tayar brand continental.
Sebab terpengarauh ngan filem fast & furius 6 tu.
Bila The Rock sebut masa diorang race kat atas jambatan tu hahaha... gila pengaruh tb rupanyakauek...
Tapi disebabkan tiada pilihan, maka saya pilih tayar GOODYEAR rim14 dengan harga sebijik RM170.00
Okey kepada sesiapa yang nak tukau tayar atau servis kete tu g la kat kedai ni eh.
Bagitau yang Encik Idrus dari penerangan yang paksa datang.
Sure korang akan dapat harga yang murah yer... kalu mahai pon apa salahnya weh... tulung orang kita jer.

  1. 80, Taman Sena Indah,
    Jalan Kangar Arau,
    Simpang Tiga 01000 Kangar, Perlis.
    Phone:04-976 0807




Okey 4 tayar sekali tukau.
Senang.

Gambau terbalik.
Nombor 2913 tu adalah tarikh tayar dikeluarkan.
Maksudnya 2.9.2013. So jaminannya boleh pakai dalam 3-4tahun lah.

Okey siap pasang semua.
Leh g hatyai dah...

Munganya.

Ni harganya.
1 biji tayar rim14 saya dapat RM170.00.
Trade in tayar 2 bijik dapat RM30.00.

Va de Vasssss... cer nengok... kerusi pon guna rim... x mainler kaki kayu lol.



P/S: Sama-sama kita bantu orang kita, sebab kita perlukan antara 1 sama lain untuk terus maju. Tak kira dari kaum mana sekalipun. 1Malaysia ken.

Wednesday 23 October 2013

MoU PLKN DAN PENERANGAN

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Kerja hakiki sebagai Pembantu Penerangan ni pada saya agak mencabar.
Lain negeri lain caranya.
Dulu di N.9 saya x pernah berceramah depan orang, hanya selalu jadi EMCEE sahaja.
Tetapi di sini pengalaman baru, suka atau tidak...
Atas arahan ketua jabatan dan menurut perintah... u must do it!!!
 
Jadi berpandukan arahan tu...
Maka...
Terjadilah perkara tersebut.
Jabatan Penerangan Malaysia & PLKN memang x boleh dipisahkan.
Kerana apa?
Mungkin ada Perjanjian MoU diantara agensi terbabit.
Dan dari saya sendiri, of coz kita nak buat yang terbaik kerana kita bukan sahaja melaksanakan tugas tetapi membawa nama Jabatan sekali.
 
Tetapi yang nak saya bicarakan disini adalah sikap.
Sikap seseorang itu terhadap tanggungjawap yang diberi.
Sebab itu dalam sesebuah organisasi ada wujudnya Gred atau Pangkat.
Ia membezakan dimana kedudukan kita dalam organisasi tersebut.
Bukan... bukan... bukan untuk mencari kekhilafan seseorang.
Tetapi lebih kepada pemerhatian yang kurang enak dipandang.




Ceramah di PLKN Tasoh.
Gandingan bersama saya... Kak La...
 
Lepas ceramah baru kami dijamu dengan juadah yang enak... haha.
Kuew Tiaw Kung Fu oooo...
Sib baik makan berat... dah la x bekpes weh... lapau giler tuuuu.
Jujurnya selalu kami dijamu air Teh ooo dan hanya 2 jenis kuih sahaja.
Selamber giler saya sound jurulatih tu.
Syukurlah kan dari x dok...
Huhuhuhu... kerja biau ikhlas yer...

 
 
P/S : Cakap biau serupa bikin CIK PUAN oi... cakap bung bang bung bang banyak pengalaman ceramah... tapi harem kat cini x pernah pulak kau ceramah bantu jabatan. Orang ado, ko pon sibuk ado... tapi habuk pun tarak... pirahhh mabuk... puihhh!!!
 

Friday 18 October 2013

TRIP TO CENANG, LANGKAWI

^ASSALAMUALAIKUM^

Sebenarnya dah lama x g bercuti.
Last tu pon tahun lepas ke Penang.
Dalam hati saya tetap bersyukur coz dapat bawa anak-anak berjalan.
Bukan apa, bila kita dah penat bekerja, anak-anak dok terperap kat rumah.
Apa salahnya kita peruntukkan beberapa hari untuk menikmati hidup ini dengan anak-anak.
Boleh makngah & tok yang mengasuh kakak & adik berehat sehari dua.
Nak ke Hatyai @ Langkawi.
Pilihan saya adalah Langkawi coz boleh makan coklat & rehat-rehat.

So, kitorang ke Pantai Cenang, Langkawi?
Saya suka sebab boleh beli coklat.
Pergi jumaat petang, sabtu dan ahad balik.
Sebenarnya x cukup tapi xpe.
Nextime spend masa lebih sikit dalam seminggu ker tapi nak bawak family Melaka sekali.
Baru havoc sikit.

Harga ferry seorang : RM18.00 sehala.

Jom layaz gambau.

Hari 1.

Mula-mula sampai.

I like it.

Tempat penginapan kami.

Tempat tidur kitorang.
Chalet kitorang.
RM130.00 semalam.
Pastu malam ke-2 kitorang pindah g chalet belakang.
Murah ciket RM90.00 1malam.
Untuk family pakej.


Kuar bilik terus ke pantai.
Syok ooo...

 Malam kitorang makan di kedai alia.
Seriusly memang kureng sodap.
Ikan bakau dia tawau giler.
N sotong goreng tepung x ranggup.
Sedap lagi kat kuala perlis.
Mahai plak tu, malam tu jer kene RM70.00+++

Hari 2.
 Motel kitorang ada sediakan bekpes okey.






 Im jibriel.
De pe hal... haha.



 Kakak kalu tangkap gambau memang suke pelok adik cam tu.
Macam nak tercekik jer rasa.





 Terus terang seluau memang clas la cam hawai.
Tapi adik memang ada penakot sikit ngan air laut.
Dia cam seriau ngan ombak tu.
X berani juz dok kat citu kuis-kuis pasir ngan kaki montok tu jer.

Dulu & sekarang sama jer.

 Si kakak jangan cakap ler.
Kemain melompat lagi dapat main air.


Sangat like.

Saya x tau apa yang diborakkan.
Mulut kemain terjuih lagi.





Si kakak sangat suka cubit saya macam geram.

Okey fine... kakak tangkap gambau sendiri ok.

Ni kereta sewa kitorang.
1 hari RM50.00. Sewa 2 hari.
Tapi nengok tayar dia.

Us.





Bila dah letih.
Gini ler gayanya.
2 beradik ni sepesen jer tido.



Fav saya.

Ni bila nak exit.
Dia memang dah siapkan.
Ada duit bayau jer... sekeping RM25.00hengget.
Kemain mahai lagi.

Sama gak benda alah nie.
RM25.00 hengget.
Bila keluar tau-tau dah siap.
Beli ler untuk kenangan ken...

I like.

Okey.
Si kakak akan buat apa yang dia nampak okey.
Dia kata adik YEK(berak) ummi.
So dia tulung tengok KAN...
Kemudian... dia cium tangan dia... pastu sambil cium tangan dia kata YEk adik busuk.
Hahah macam kak nam.

Nyambil-nyambil saya belajau ikat tokcang..
Kira berjaya kan.
Kemas x?

Okey tu pieace kakak.
Dan yang tu Piece adik... ada paham ka?

Erm si kakak memang banyak lemak okey.
Siapa yang adik sekarang nie.
Dia asyik nak berdokong jer.
Si adik sangat okey.
Pening sangat dia sorang.



Muhammad Jibriel Iman.
Orangnya sangat behave.
Mudah dibawa kemana saja.
Makan pon senang.
Tapi kalu lebih makan jap g terus muntah lewo.
Selalunya dia akan pegang peha ayam tu, tapi kali nie dia amik pastu dia siat-siatkan daging dan terus suap sendiri.
Dan sungguh... dia bukan tido.
Tapi sedang menikmati keenakan ayam tersebut dengan kusyuknya.
Okey kiri kanan tangan ada okey...

Kakok memang suka tang drumstick tuuu.
Tu memang pesen dia makan.
Bukan tayang peha ayam tu okey tapi memang itu caranya.
Macam dia makan tapi sambil buat iklan... haha.
Saya terkejut gak memula tu tapi bila saya tanya dia buat xdengau.
Kemudian saya diamkan dan memang... dia makan sambil pegang ayam gitu.
Macam-macam ler anak-anak saya.

Dari kami.
Tahun depan nak datang lagi.
X jemu.



P/S : Ada seorang makcik I tu dia tanya pada makcik Z... Tahun nie saya nak balas dendam nak p paris italy london. So tahun ni makcik Z nak p mana? Makcik Z pon jawab... ke lobang kubur agaknya...
Baru kene buku ngan ruas. Haha kesiannya kamu makcik I dengan jawapan makcik Z tu...