suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Friday 19 August 2016

HADIAH PERTAMA DI DAERAH

^ASSALAMUALAIKUM^
Selama 11 tahun kerja dalam jabatan.
Aku x pernah lagi ditempatkan di daerah.
Kira nie daerah pertama yang aku koje...
Hari ni dah masuk minggu ke 2 aku disini... jadi boleh ler serap apa yang ada... so nangis pon sikit sikit jugak... itu pun bila kita rindu pada sesuatu yang dah lepas... macam teringat masa tengah main ngan anak-anak... teringat dulu balik koje ngan aca selalu singgah kedai makan... ish banyak ler.

Yela, bukan senang aku nak dok tempat org, lain ler nie my hometown...
Serius aku cakap... bukan mudah ok, tambah plak aku orang pempuan yang ada anak-anak yang masih kecil... ada suami... tapi bila fikir balik pasti ada hikmah.

Disini pun aku pun xler sensorang sangat, ada geng perempuan.
Wanie nama di beri... amboi comei ibu 3 anak ni, macam anak dara.
Jadi tak sunyi ler... setiap kali keluar, kita akan keluar ber4... aku, wanie, din & asrul.

Yang aku nak cerita harinie adalah... aku dapat hadiah tau.
Tapi hadiah cari sendiri... dan adiah tu takat RM30.00 jer, kalu lebih bajet kene tambah duit sendiri... huhuhu kira ok ler.

Maka hadiah tue ku pilih shawl Hajra.

Cantik kaler nie... dah lama aku cari tapi susah nau nak jumpa.

 

Aku suke... dan seronok plak... tima kaseh SPS.

Wednesday 10 August 2016

AKU BERTUGAS DI PULAU PINANG

^ASSALAMUALAIKUM^

Pada 18 Julai 2016 (Isnin) aku selamat melaporkan diri di Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang.
Pada 1 Ogos 2016 (Isnin) aku terus ke tempat aku bertugas di Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan.
Disana ada seorang pegawai penerangan daerah, 4 orang pembantu penerangan termasuk aku, 2 orang jav dan 1 pembantu am rendah.
8 Orang sajer.
Sungguh mencabar hidup aku, padahal aku bukan pegawai besar pun, juz pagau dawai jek. Tapi tukar sana sini macam orang penting dalam jabatan.
Apapun aku bersyukur, pengalaman selama hampir 10 bulan di Japen WPKL cukup aku hargai.
Banyak yang aku belajar... banyak yang aku lalui... aku mohon supaya segalanya dipermudahkan.
Jauh perjalanan, luas pemandangan...
Yang penting aku dekat sikit dengan anak-anak dan suami tercinta... huhuhu.
Di sini aku still menyewa... alhamdulillah bilik sewa RM240.00.
Sebilik sorang jek kat Simpang Ampat... 10km sehala.
Harapan aku adalah aku dapat berkhidmat dengan lebih baik.
Setiap minggu dan cuti di tengah-tengah aku dapat balik perlis jumpa anak-anak.
Nak berulang dari perlis pun sehala dah 150KM, so bergantung pada kerajinan aku untuk berulang.
Inshaa allah apa yang berlaku sudah tentu ada kebaikan yang tidak kita ketahui.
Allah maha ketahui apa yang terbaik untuk aku.
Aku yakin itu.