suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Friday 22 February 2013

MUSIM CERAMAH KAT PLKN

^ASSALAMUALAIKUM^

(Krokk krokk krokk)!!! Pagi-pagi morning perut memulas tau... adusss ni sume penangan kene jadi penceramah kat PLKN Tasik Meranti... nun jauh nak ker Wang Kelian tuuu!!!
 
Ibarat menempah maut ler... haru-biru hidup semenjak nak pilihanraya tapi parlimen x juga bubar... adusss boleh bikin hidup jadi tak keruan dong.
 
Inilah yang dikatakan amanah dan tanggungjawap sebagai penjawat awam... "SAYA YANG MENURUT PERINTAH".
 
Jadinya, pada hari ini saya serahkan segalanya untuk jadi penceramah terbaik wakil jabatan...(dapat cemerlang x kalau bodek2 ni)... uhuhu...
 
Maka kami dengan berlapang dado menyahut cabaran... menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada mereka yang memerlukan... uwaaaa!!! Dan partner saya yang berwawasan lagi berdaya saing...
 
 Saya sangat senang bergandingan dengan mereka.
 
 Muka orang yang suka kelentong uhuhu...
 
Kemudian, setelah berperang berhabis mencurah buah fikiran... maka kami ingin merewardkan diri kami dengan melencong ke luau negara...(boleh ker)...
(jangan tiru peel ini)
 
 
 Maka, berlakulah kejadian membeli-beli... upsss pepatah pernah berkata "alang-alang mengeluk pekasam, biau sampai ke pangkal lengan"/"sambil menyelam minum air".
 
 
P/S : Sama-sama kita menyampaikan apa yang baik, ingat-mengingati itu perlu.
 

Wednesday 20 February 2013

Friday 15 February 2013

TERATAK IMAN... WILL BE

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Rezki jumaat hari ini(lulus sudah). Setelah sekian lama, ianya bakal menjadi milik kami 4 beranak. Bukan mudah rupanya nak beli rumah ni. Kene ada kesungguhan.
 
Insyaallah... it will be... Syukur...
 
 Bulan Julai 2014.


 
P/S : Rezki berada dimana-mana, pasti ada hikmah setiap apa yang berlaku.(Arghhh bersiap sedia gaji kene putung lor)

 

PENYEJUK HATI, PENGARANG JANTUNG

^ASSALAMUALAIKUM^

Dikala penat balik kerja, ini yang saya terpa dulu... peluk cium amik bau lepaskan rindu. Adoiyaiii geram sampai rasa nak gigit sambil picit-picit jer... uhuhu.
 
Pesen buah hati saya tido...
 
Terima kasih juga pada kakak ipau dan mak mertua saya yang banyak tulung saya jaga kakak ngan adik...
 
 
P/S : Belajau berkawan dengan anak adakala lebih banyak kebaikannya.

Thursday 14 February 2013

MUHAMMAD JIBRIEL IMAN 1 TAHUN GENAP

^ASSALAMUALAIKUM^

  
SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD JIBRIEL IMAN BIN ANUAR
12.2.2013 / 1 TAHUN
 
Saya happy sangat. Sebab anak lelaki saya sudah pun 1 tahun. Terasa masa cepat berlalu ler. Pejam celik pejam celik... eh eh... cepat nau anak ummi besau yer.
 
Ish ish ish bila diingatkan balik masa saya mengandungkan M.J.I... terasa banyak sangat ujian buat saya. Dan betapa sakitnya mahu melahirkan anak lelaki ini... betul kata orang, beranakan anak perempuan lebih senang dari beranakan anak lelaki... ya... benar sungguh... terasa berbeza.
 
Saya dipaksa meneran sekuat hati, duduk wad selama 5 hari kerana M.J.I G6PD, kemudian kulit kepala berkerak tebal dan berbau, pastu bahu dan lengan keluar cecair seperti bernanah... dengan jaundis sampai kene duduk bawah lampu... uhhhh... sangat berat dugaan yang ditanggung jibriel.
 
Tetapi itu semua telah lama berlaku tau. Sekarang jibriel makin sihat dan lincah... alhamdulillah... suka hati saya. Terasa bahagia ada sepasang anak yang masih kecil dan rapat... walaupun saya terasa penat... tapi saya tau bila mereka besau... saya akan senang nanti.
 
12.2.13 hari lahirnya. Seperti kanak-kanak lain, hari lahir tentu disambut meriah. Yang hover terlebih adalah mak bapa. Sebab berbulan-bulan fikir dan plan party hari lahir untuk anak kesayangan.
 
Tapi pada saya, saya raikan hari lahir anak-anak dengan cara yang paling simple. Untuk N.I.A dan M.J.I… tiada persiapan untuk buat besday party, tempahan kek, godist  dan jemputan. Yang ada hanya simple planning untuk kami sambut dan raikan 4 beranak. Untuk Muhammad Jibriel Iman yang kali pertama memasuki usia setahun. Seperti biasa saya akan beli kek, makan diluar dan bagi hadiah. Simple bukan?
 
Pemilihan Hadiah:-
Saya tidak akan beri hadiah yang merapu dan mahal, tetapi sebaik mungkin saya berikan hadiah yang boleh mendatangkan faedah untuk anak-anak.

Apa yang saya bagi adalah "TABUNG". Jadilah daripada tiada langsung kan kan kan? Macam kakak tahun lepas saya tabung juga... setiap hari dia akan masukan duit dalam tabung dan saya ajau kakak "duit macuk tabung sebab kakak nak g kolah, nak macuk u... nak jadi tor(doktor)". Jadi segala duit yang kakak jumpa automatik akan masuk dalam tabung, tak kiralah duit sapa pun... hahaha.
 
Maka, tabunglah jadi pilihan untuk M.J.I... tue jer ummi mampu dan suka... Jom kita nengok gambau masa 12.2.13... sayang sekali besday boy demam lagi. Cian dia.

 
 Rambut jibriel panjang tau, tapi asyik demam jer... terus bawak g potong... tapi best lagi kalau atuk melaka yang potongkan... wua wua...
  
 

Serius saya x suke nengok jibriel botak... coz nampak cam budak nakal... tapi lega coz nampak kemas...

 

 
Anak saya yang paling manja dan suka sangat berkepit... adoiyaiiiii...
 

 
 
  
 
  
Anak dara ini memang jenis kuat makan...
 
 
 
  
Ish saya memang geram denagn budak sorang yang cukup suka sangat pakai selipar tat sing tue... dah hilang sebelah pon dia nangis2 nak pakai juga sampai sanggup pakai sebelah lain... adoiyaiii si kakak...
 


P/S : Happy Anniversary juga untuk adik saya Nas dan Ain. Masa sanding rumah perempuan saya sibuk bersalin di hospital yer... Untuk mak dan ayah juga sama tarikh nikah... masa nie dapat menantu dan cucu ke2 sekaligus... datang bergolek daaaa... 

Wednesday 6 February 2013

BUKU~KELUARGA PEREMPUAN RASULULLAH

^ASSALAMUALAIKUM^
 
 
Disini saya nak kongsi 1 buku... sekiranya berminat boleh dapatkan di kedai-kedai buku yer.





 
 
 
  
 
 
 

  

  
P/S : Bangsa membaca, bangsa berjaya...

Friday 1 February 2013

ENTRY PUKAL JANUARI

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Bulan januari 2013... saya mulakan dengan perkara-perkara yang indah. Dan masuk pertengahan... ke hujung bulan, baru saya lalui fasa yang menyedihkan sedikit. Ini yang dikatakan dugaan untuk menjadikan diri kita seseorang yang lebih kuat.
 
1. Nur Iman Amani demam panas. Jadi sikapnya yang mengada-ngada adakala buat saya naik angin sehingga tertinggi suara "ummi" macam "singa betina". Tapi saya tahu, kakak demam sebab nak pandai banyak perkara. Dan saya suka buat-buat marah padanya kerana bila saya marah, kakak akan merajuk dan memeluk saya sekuat hati. Ini bermakna kakak adalah seseorang yang ada sifat pemalu dan mempunyai hati yang lembut.
 
2. Muhammad Jibriel Iman pula mengambil tempat... bayangkan masa jibriel demam, selama hampir 2 minggu jadi x keruan. Dari seorang yang suka berjalan, suka bergelak ketawa... jibriel berubah langsung berdiri pun x mau. Bayangkan betapa takutnya saya bila si bujang saya x mahu langsung berdiri. Mungkin pada saya, kakinya lemah dan tak betenaga. Saya sangat risau, berulang-alik ke klinik dan hospital... sehingga saya yang memberi cadangan kepada doktor untuk xray dan ambil darah pada jibriel supaya demam jibriel tidak menjadi teka-teki. Sebagai ummi saya perlu tahu, apa yang buatkan anak saya jadi macam  tu, dan alhamdulillah jibriel hanya demam biasa. Ada kuman dalam darah dan perlu teruskan makan antibiotik. Kalau saya x  paksa doctor maka saya xkan tahu apa-apa? Betul x? Dan sekarang alhamdulillah jibriel makin sihat dan kuat makan.
 
3. Saya juga demam teruk. Dimana seumur hidup saya tidak pernah saya demam sebegini rupa. Ulang-alik ke spital seperti biasa untuk dapat mc spital kerana cuti dibekukan sebab nak PRU-13... rupanya saya kene "radang tekak atau tonsil"... yer sangat perit untuk saya kali ini. Dari seorang yang penakut ubat... saya jadi berani dan saya balun segala jenis ubat yyang ada untuk cepat sembuh. Bukan untuk saya, tapi untuk anak-anak. Dan saya benar-benar tidak punya tenaga. Berdiri dan buka mata rasa nak pitam. Yang boleh saya buat hanya baring. Dan Alhamdulillah sekarang saya makin okey walaupun adakala saya rasa saya tidak seceria dulu. Apa pun terima kasih pada mak mertua dan kakak ipau saya yang tulung saya jagakan anak-anak kecil saya... termasuk juga aca saya.
 
4. Walapupun masing-masing berdepan dengan segala sakit bagai tapi hidup tetap diteruskan. Impian kami untuk memiliki rumah sendiri "sedang dalam proses". Itulah impian saya sekarang. Taman Putra Utama... isyaallah it will be...
 
5. Untuk kerja, banyak perkara yang terhutang. Tambahan pula sibuk sana sini nak hadap PRU 13. Saya? Insyaallah akan terus menyokong kerajaan yang sedia ada kerana saya jenis bangsa yang tidak mudah lupa diri. Paham-paham je la yer...
 
6. Rindu pada ayah saya, 24hb hari tu besday ayah... jadi saya x beri apa-apa pun... cuma doa dari jauh... dan yang paling menggembirakan hati saya ialah bila saya dengar suara ayah saya yang ceria bila bercakap dalam talipon dengan kakak... bahagianya bila dengar "atuk berborak ngan cucu kesayanganya". Perkara yang membuatkan hati saya sentiasa tersenyum hanya kerana dengar ayah saya "ketawa besar dan gembira" bila bercakap dengan kakak. Rindu pada mereka.
 
Tu jer serba sedikit apa yang saya lalui dalam bulan januari ini. Indah dan membahagiakan. Segala berjalan lancar. Mudah dan dipermudahkan. Untuk bulan februari ni sudah saya mengharapkan lagi baik.
 
Tak sabau nak jumpa kuarga melaka... katanya nak datang sini bila raya cina. Apa pun saya sangat-sangat rindu kepada kuarga melaka saya.


P /S : Berubah lebih baik daripada yang tidak mahu berubah.