suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Monday 11 March 2013

HOST+EMCEE #3

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Sekarang nie memang musim sibukkk!!! Sabtu ahad jangan cakap ler.
Orang lain dok rumah main ngan anak... kita ni bersengkang mata bekerja lebih masa. oppsss tapi saya x ler seteruk tu... ada excuse cikit... so boleh "cerngelat" bab kerja nie. Janji bagitau "Y" saya x dapat join sesuatu program jabatan...

Sebab pada saya, kalau kita nak maju  dan orang hargai kita,
kita mesti tahu apa kerja kita. Jangan hanya pandai dan bermanis mulut sahaja.
Tapi bab kerja semua lepas tangan kat orang lain. Dan skop kerja tidak ler hanya pada kerja hakiki semata. Sesekali kita perlu explore bidang lain.
Sebab tu APC ni orang pentadbiran selalu dapat kerana mereka banyak perluaskan bidang kerja pada skop lain. Jadi pada saya memang layak ler.
Tapi kalau takat angkat talipon jer.. haaaa jangan merungut okey...
if x dapat cemerlang pada tahun ini.(tidak tuju pada sesiapa okey).
 
Begitu juga kalau kita berganding bahu dalam setiap program,
baru ler seronok kan kan kan... Tahniah kepada penjawat awam yer...
x banyak, sikit pun jadi ler... bersyukur apa yang kerajaan bagi.
 
Antaranya:-
 
1. Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
 
2. 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
 
3. Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
 
4. Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
 
5. Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
 
6. Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;
 
7. Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
 
8. Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performanca”;
 
9. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.


Gambar pagi tadi masa perhimpunan awam pentadbiran kerajaan negeri perlis 3/2013... Penerangan jadi host... berganding dengan JKKN, RTM, JASA, PERPUSTAKAAN... memang sempoi dan bersemangat masa koir... cun cun cun ler... 

"KAMI... JAPEN PERLIS"... Saya jadi emcee jer... serius saya teringin nak masuk koir weh... jeles i tau nengok reben diorang cantik...
uhuhu...
 
Ini kali ke-3 saya jadi juruacara untuk program besau dan jabatan lain.
Untungnya setiap program SUK kitaorang dibayau mengikut jam... "RM60.00 sejam purata RM180.00" sekali majlis... Terima kasih kerajaan negeri perlis yang prihatin... ingat yer kepada jabatan-jabatan lain... kitorang bukan DJ... perkhidmatan yang kami beri, dibayau atas bakat dan keberanian mengendalikan majlis "rasmi kerajaan".
 
 
P/S : Suara anugerah ALLAH, berkhidmat dalam kerajaan juga amanah yang diberikan... sama-sama kita pikul dalam memberikan yang terbaik.

1 comment:

Muja.. said...

alhamdulillah... bakat yg dikurniakan perlu diguna sebaik baiknya kan :) selamat beremcee