suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Tuesday, 18 June 2013

OH PUSPANITA

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Putra Palace/2.30petang
Majlis Hi Tea Bersama DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis
Anjuran Kerajaan Negeri Dan Puspanita Negeri Perlis.
 
(Kali ke-9)
 
 Terpaksa pakai baju raya nie huwaaaa!!!
Baru saya perasan, shawl saya sama kaler ngan tirai belakang tu...
hahaha lain kedai okey...

Gift...
 
 
Walaupun saya bekerja dalam jabatan kerajaan tapi jujurnya saya bukan ahli puspanita.
Kabaunya kalau nak join kene isi borang… antara perkara yang paling saya x gemar dalam hidup adalah isi boring.
Borang kahwin dulu pun amik masa seminggu nak isi, inikan pula borang nak jadi ahli.
Tapi kalau isi borang nak bagi duit ...
itu adalah perkara yang paling saya suka dan saya sangat berharap kalau itu yang berlaku… uhuhu… sah mata duitan kan kan kan.
Hari tu saya yang jadi juruacaranya, DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis.
Serius saya sebenarnya tidak berminat dengan program yang ala-ala kene jadi DJ coz itu semua kene do homework.
Tapi disebabkan orang minta tolong x pe, I try my best… atleast ada pengalaman yang baru… macamana nak handle program santai yang ada RAJA… huh.
Serius sangat mencabar pada saya. Juz tunggu payment x dapat lagi… erk… sepatutnya "upah sesorang itu dibayau sebelum peluhnya kering" okey… errrrrrr:-(
N now baru saya tau apa beza puspanita n baidunita… puspanita ni ahlinya adalah kakitangan kerajaan dan isteri-isteri pegawai kerajaan.
Manakala baidunita ini adalah isteri wakil-wakil rakyat.
Dalam pada itu, ada orang offer saya join jadi DJ orang kahwin.
Bukan saya x nak, tapi saya kurang minat walaupun saya dijanjikan bayaran.

 
P/S : Apa beza DJ & VJ..?

 

Monday, 17 June 2013

APABILA SIPUT DAN BUNGA MANDI BERSAMA

^ASSALAMUALAIKUM^

Lokasi :-Rumah Tok & Tok Wan.
 

 







Haha tajuk tu gempak jer lebih...Maklumlah, saya dikurniakan seorang yang ada "bunga mawat" dan sorang lagi ada "siput" yang sangat comel… lagi cute… uhuh. "Siput gondang" pun ada juga… haha… itu special punya.
 
Bab mandi nie, si kakak lah paling payah sangat nak mandi.
Asal kita kata:-
Ummi : Kakak jom mandi sayang...
Kakak : Jap… kakak nak nengok upin ipin la ummi, nak minum susu lah ummi, nak tidur la ummi, nak nengok popcetar(popstar) lah ummi, n nak nengok geng bas sekolah lah ummi… jap lagi kakak mandi lah…
X pun dia tukau tiun nak mandi ngn makngah lah, ngan tok lah, ngan ayah lah… dengan orang yang tengah ada koje plak tu.Siapa lah yang x geram, kadang bila saya dah x kuasa nak cakap, baiau kan jer… last-last dia sendiri yang kata… "ummi jom madi"… erm… sabau jer lah labu oi.
Si adik pulak pantang jumpa air, dia mulalah nak beraksi… ish kemain lagi… Mungkin lelaki kot… jadi peel lain sikit kan.
Waktu mandi plak, kadang bila cuaca terlalu terik, yes memang nak dekat kul 7 baru mandi… dan bila musim hujan pula… kol 5 tepat dah mandi dah… tau-tau balik koje sume dah wangi… bedak kemain bercapuk lagi… uhuhu… tu yang sedap nak cium tu.
Tempat mandi plak kemain banyak lagi, yela macam kita kan… kalau hari-hari buat benda yang sama memang bosan…

1.     Bilik air.

2.     Air pancut.

3.     Paip depan umah.

4.     Laman depan umah

5.     Belakang umah.

Bertukau-tukau tempat… ikut angin sentap diorang nie… so layankan jer ler.



P/S : Penah tok dia suh mandi, leh plak dia jawab... tok kaka x mau madi... yang best tok dia balas... awat, kakak nak jadi lembu ka... hahaha kelakau jer kan.

Wednesday, 5 June 2013

FAMILY DAY JAPEN PERLIS DI GAMBANG

^ASSALAMUALAIKUM^


Bujang saya... M.J.I.



 Cabutan bertuah untuk saya.

Cabutan bertuah untuk aca saya.


Kami.


Kami ber3 sandal baru... huuuuuu.
KAPPA mariiiii!!!!




 Bye... geng kunin nak cau dah...
 
Alhamdulilah, bukan senang nak buat family day untuk staff.
Ntah apa ke hal agaknya jadi plak g Gambang... sungguh tak sangka gitu.
Rugi kalau tak g... maklumlah, "makan tanggung, berak cangkung" weh... nak harap g sendiri... tunggu klcc tu runtuh dulu... itu pun lom tentu dapat nak g tau tak!!!... uhuhu.
 
Saya macam biasa ler... 4 beranak.
Erm pening kadang dengan karenah anak yang asyik nak berdukung jer.
Cuba nengok badan ummi korang ni anak-anak... ingat mcm "Hulk Hogan" ker hahhhhhhhh... aduiaiii penat tau merenget jer.

Okey sambung, btw thanks to PPN ler coz bertimbang rasa nak bawa anak-anak buah yang mereng ni semua g bercuti dengan family lagi.
Kira orait ler 3 hari 2 malam. Dapat plak cabutan bertuah barang elektrik.
Kalau orang lain dapat 1, jangan jeles yer makcik dapat 2... lakik binik yer.

Memang best ler, reward untuk staff macam ni.
Tapi seriously ramai-ramai orang yang saya cukup suka nengok adalah binik abang alwi... Heran bin ajaib... binik dia sangat gojes, walaupun ada anak kecil yang istimewa tapi binik dia masih boleh nampak cantik... memang cantik sangat... saya kagum walaupun anak dia 6 orang... saya yang 2 orang jer ni pun rupa dah macam nenek kebayan... hahaha...



P/S : Semangat baru nak meresap, so mulakan dengan baik... tq 2 all.


 
 

Wednesday, 29 May 2013

PLKN CERAMAH LAGI

 ^ASSALAMUALAIKUM^
 
Tugas hakiki... Ceramah Kenegaraan di PLKN.
 
 
 
Lambang usia tertubuhnya PLKN selama 10tahun... maka inilah buktinya...
 
Our team.
 
 
 
 
 
Makanan untuk kami.
 
Then terus "menyelam sambil minum air"di... Boleh ker weh..?
 
 
 
 
 
My Fav... gajus bakau... sangat berlemak mengelembu rasanya...
 
Kenal x ni apo? 
 
 Bye bye...
 


P/S : Kami dan PLKN tidak boleh dipisahkan... kadang-kala jantung ini macam nak gugur... sebab selalu terkujat.

Wednesday, 22 May 2013

S3 MINI PUN OKEY

^ASSALAMUALAIKUM^


TQ aca.
Sesekali nak bermanja hasil dari pemberian dari orang yang kita kasih x salah pun.
Walaupun saya minta dengan cara diktaktor... haha.
 


P/S :  Berusaha  apa sahaja sebagai tanda hargai seseorang. Adakala kata-kata tidak memadai.


Tuesday, 21 May 2013

CUTI SEMINGGU MANA CUKUP OI

^ASSALAMUALAIKUM^

Rasa bersemangat giler lepas cuti nie... hahaha.
Macam baru keluau dari penjara jer ber.
Erm ehem ehem...
 
Ai baru jer balik dari Melaka, tapi cuti x lama ler, seminggu jer.
Itu pun cam x cukup jer... aduiaiii...
Tapi x pe ler, lagi 3 bulan nak balik gak, tahun nie beraya kat Melaka.
Suker ler "antau karim ngan dak saadiah" cucu dia 2 orang tu beraya sana.
Tambah cucu "Batang Melaka" lagi... haha meriahnya lah hai.
 X sabau ler.

Masa balik tu ada buat kenduri... so rangkum jer ler aktiviti yang ai dengan family ai buat selama beberapa hari jer kat sana.
 
Jer nengok gambau jer ler.

KENDURI

Penyeri saya.




ADUN BEMBAN CK N ISTERI.(Hensom giler weh... aduiaiii).

Ahli Parlimen Jasin... Tok Mat.

Ni sepupu sepapat saya dari Kajang n Bukit Beruntung yang paling tingtong...
Nengok muka memasing pun nak gelak... semua nie penglipur lara kami. N semua ni otak kartun suka buat lawak...

Oleh-oleh simple jer, beli bakul masukkan syumi sebungkus...
Hah amik kau. Berlenggang jer balik.
 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Dan ini...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Anak buah saya yang paling kuat menangis atau "gabak" atau "kelemeymey".
 
NUR QASEH UMAIRA binti NASRI
 
 Muka taiko jer.

Dengan nek ngah yang comel...

 SEISI SHOPPING

 Pow makwe belikan baju kakak, dapat ler 3 pasang.

 Untuk M.J.I pun 3 pasang.

  Untuk saya.

 Ai suka.

Suka juga.

ZOO MELAKA
DEWASA RM10.00
KANAK-KANAK RM4.00

MELAKA RIVER CRUISE
DEWASA RM10.00
KANAK-KANAK RM6.00

 Jarang atuk ikut, tapi cucu punya pasal... dia lah yang bawak.









Masa naik CRUISE.


Masa saya di sana rasa macam x cukup,  setahun 3 kali jer kami balik Melaka.
Memang, saya teramat rindukan family saya disana... mak ayah sudah tentu, apatah lagi adik beradik... rindu saya juga pada mak-mak saudara saya yang lain.
Termasuk sebelah ayah dan mak, Sepupu sepapat yang memang kaki ketawa, pecah perot dengan lawak yang sukar untuk saya terangkan.
Bagaimana saya dapat lupakn mereka kerana saya cukup rapat dengan mereka.
Ya, saya lah kakngah yang adakalanya garang dan suka mengarah... tapi rindu untuk berkumpul beramai-ramai cukup saya nantikan...



P/S : Masa ada depan mata, kita mungkin lalai hargainya, tapi bila berjauhan baru kita tahu nilai sebuah kebahagiaan. Hargai lah detik itu.


 
 

Monday, 6 May 2013

TAHNIAH BARISAN NASIONAL... KERAJAAN YANG TERBAIK

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Tahniah kepada kerajaan "BARISAN NASIONAL/UMNO".
(Kalau PR menang, makcik ucap tahniah juga ler)
 
Saya... sebagai rakyat "Malaysia"... dengau x?
Ulang lagi sekali... "SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA" ingin mengucapkan tahniah kepada "BN/UMNO" diatas kemenangan untuk terus memerintah negara.
Saya seorang rakyat "marhain" mahukan kerajaan yang dapat
"membentuk keamanan dan mengekalkan ekonomi serta kestabilan Negara".
  
Tidak kira siapa pun yang memerintah, saya tetap terima dengan hati yang terbuka. Kerana saya "bangsa" yang "sedau diri"... sejak lahir semuanya kerajaan yang sediakan. "Hospital kerajaan, sekolah kerajaan, Infrustruktur kerajaan, kerja pun dengan kerajaan dan duit rezki tu ler penyambung hidup"...
Benar, rezki itu datang dari ALLAH, tetapi kita sebagai manusia yang perlu berusaha untuk mendapatkannya samada "lebih atau kurang" "mengikut jalan yang lurus".
  
Apa jua fahaman kita, silaturrahim harus dijaga agar kekal terjalin.
Saya pilih keamanan, bukan untuk diri sendiri tetapi untuk
"anak-anak dan cucu oneng" saya nanti.
  
Saya akan sokong siapa jua "Perdana Menteri"
walaupun mungkin dari "Ultra Kiasu"DAP ler" (terima kerana tiada pilihan dan terpaksa)(kuasa rakyat).
  
Kerana apa? Kerana itu adalah kehendak rakyat. Kalau saya tidak sokong,
di Negara mana kelak saya akan "dicampakkan atau dihalau".
Adakah di "Bangladesh, Nepal... atau Indunesia" atau Siam"... oooh tidakkkkkkk!!!.
  
Cuma saya ingin memberi cadangan kepada mereka yang suka
"menghina kutuk dan maki hamun kerajaan yang mana manusia-manusia ini "BEKERJA DAN BERKHIDMAT" dalam kerajaan.
Apakata kita mulakan langkah ini.
1.) Isi borang berhenti kerja.
2.) Kita jadi usahawan dengan cara bekerja sendiri/berniaga. Tapi modal pun cari sendiri ler beb. Jangan pulak g pinjam "tekun" atau "mara" bagai. Banyak cantik muka korang. X pun kita pinjam "AH LONG". Ada Brani bro..?
  
Bukan apa, setiap "25hb" kita ler org pertama yang "tercongok" depan ATM
nak cucuk duit gaji hasil dari "berkhidmat dalam kerajaan"... dapat jer gaji kata ler dalam "rm1700"... Pegang jer duit, mulalah buat agihan.
 
Contoh yer "erm rm300 bayau pengasuh anak,
rm200 susu anak, pampers rm150...
duit minyak, makan, bayau hutang kete rumah ptptn bagai dah rm1000" lebih.
Tau x duit tu sebenarnya majikan yang korang kutuk tu lerrrrrrr.
Lihat pada diri... dimana duit itu mengalir...
dan toleh ker belakang...siapa yang beri...
sudah tentu orang yang kita kutuk dan hina tu kan,
kita pikir apa kesannya di kemudian hari...
 
Tapi lain ler kalau kerajaan yg korang kutuk tapi yang bayau tu parti yang korang sokong... baru ler "ngam hoi"!!!
  
Ada org kata tu semua duit rakyat... sungguh selama saya hidup 29 tahun...
satu sen saya x bayau ape2 pun kepada kerajaan.
Mesti korang x percaya kan? Tapi yang herannya kerajaan bagi macam-macam kat den... "bia boto ekau nie, humangaiii".
 
Jadi itu hanya cadangan dari saya orang biasa yang tidak mempunyai kuasa.
Kerana ramai sangat di luar sana menunggu panggilan untuk bekerja dengan kerajaan. Kalau korang berhenti dengan cara bermaruah, saya yakin dan PASti hidup korang akan diberkati kerana tiada lagi kata-kata nista kepada majikan.
 
Sama-sama kita mengingati antara satu sama lain.
 
 Fahaman mana yang kita pilih x salah pun,
tapi jangan melampau sangat kata mengata parti lain.
 
 
 
 
P/S : Yang pasti DAP leading... tahniah yer pakatan lain... kita akan teruskan perjuangan untuk kemenangan mereka... uuupppssss...