suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Wednesday, 10 August 2016

AKU BERTUGAS DI PULAU PINANG

^ASSALAMUALAIKUM^

Pada 18 Julai 2016 (Isnin) aku selamat melaporkan diri di Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang.
Pada 1 Ogos 2016 (Isnin) aku terus ke tempat aku bertugas di Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan.
Disana ada seorang pegawai penerangan daerah, 4 orang pembantu penerangan termasuk aku, 2 orang jav dan 1 pembantu am rendah.
8 Orang sajer.
Sungguh mencabar hidup aku, padahal aku bukan pegawai besar pun, juz pagau dawai jek. Tapi tukar sana sini macam orang penting dalam jabatan.
Apapun aku bersyukur, pengalaman selama hampir 10 bulan di Japen WPKL cukup aku hargai.
Banyak yang aku belajar... banyak yang aku lalui... aku mohon supaya segalanya dipermudahkan.
Jauh perjalanan, luas pemandangan...
Yang penting aku dekat sikit dengan anak-anak dan suami tercinta... huhuhu.
Di sini aku still menyewa... alhamdulillah bilik sewa RM240.00.
Sebilik sorang jek kat Simpang Ampat... 10km sehala.
Harapan aku adalah aku dapat berkhidmat dengan lebih baik.
Setiap minggu dan cuti di tengah-tengah aku dapat balik perlis jumpa anak-anak.
Nak berulang dari perlis pun sehala dah 150KM, so bergantung pada kerajinan aku untuk berulang.
Inshaa allah apa yang berlaku sudah tentu ada kebaikan yang tidak kita ketahui.
Allah maha ketahui apa yang terbaik untuk aku.
Aku yakin itu.

No comments: