suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Monday, 28 October 2013

TAYAR BARU DI KEDAI MELAYU

^ASSALAMUALAIKUM^

Disini saya nak promote 1 kedai tayar.
Tak kisah tayar apa tetapi ini kedai BUMIPUTERA @ ORANG MELAYU YANG PUNYA di
Negeri Perlis DAMAI LAGI MEMPERSONA.

Saya dah servey kalau boleh saya nak cari kedai orang melayu, dah servey nak guna tayar continental dan akhirnya yang saya jumpa inilah satu-satunya kedai tayar tunggal bumiputera di negeri kecil ini.
Bayangkanlah...
Jumlah penduduk kurang lebih 240 000ribu.
Dan yang berjaya hanya seorang sahaja.
Boleh bayangkan?
Jadi inilah masanya untuk saya bantu mereka.

Saya tanya kakak tu siapa ownernya?
Kakak tu kata ni bisnes abang dia dan family.
Then saya tanya ni ke kedai tayar melayu yang ada kat perlis ni?
Yup, katanya nilah satu-satunya kedai melayu yang ado.
Kalau ada sesiapa yang nak bagi saya modal hampir 300 000ribu, untuk buka perniagaan seperti ini sudah pasti saya pertimbangkan untuk memperluaskan lagi ekonomi kita orang melayu deh.
Kalau lerrrrrr!!!

Okey seriusly, masa mula-mula beli kereta ni dulu saya bukan tau pon guna rim bape?
So bila da tukau baru tau... oooo rim 14 rupanya ek.
Dan sebelum ni tayar yang saya guna adalah from China, bermakna tiada jenama okey.
So saya disarankan oleh pomen-pomen sedunia untuk tukau tayar yang lebih baik kerana saya selalu buat perjalanan jauh macam balik ke melaka bandaraya bersejarah.
2 tahun 2 bulan saya guna tayar yang xdo jenama tu... 

Antara tayar terbaik adalah michelin wooo tapi mahai sungguh wey... toyo tyre pon okey.
Ni brand dari jopuunn weh.
Dan sebelum nie saya nak tayar brand continental.
Sebab terpengarauh ngan filem fast & furius 6 tu.
Bila The Rock sebut masa diorang race kat atas jambatan tu hahaha... gila pengaruh tb rupanyakauek...
Tapi disebabkan tiada pilihan, maka saya pilih tayar GOODYEAR rim14 dengan harga sebijik RM170.00
Okey kepada sesiapa yang nak tukau tayar atau servis kete tu g la kat kedai ni eh.
Bagitau yang Encik Idrus dari penerangan yang paksa datang.
Sure korang akan dapat harga yang murah yer... kalu mahai pon apa salahnya weh... tulung orang kita jer.

  1. 80, Taman Sena Indah,
    Jalan Kangar Arau,
    Simpang Tiga 01000 Kangar, Perlis.
    Phone:04-976 0807




Okey 4 tayar sekali tukau.
Senang.

Gambau terbalik.
Nombor 2913 tu adalah tarikh tayar dikeluarkan.
Maksudnya 2.9.2013. So jaminannya boleh pakai dalam 3-4tahun lah.

Okey siap pasang semua.
Leh g hatyai dah...

Munganya.

Ni harganya.
1 biji tayar rim14 saya dapat RM170.00.
Trade in tayar 2 bijik dapat RM30.00.

Va de Vasssss... cer nengok... kerusi pon guna rim... x mainler kaki kayu lol.



P/S: Sama-sama kita bantu orang kita, sebab kita perlukan antara 1 sama lain untuk terus maju. Tak kira dari kaum mana sekalipun. 1Malaysia ken.

2 comments:

Anonymous said...

salam bro.. kedai ni ada byk jual sport rim x? berminat nk g melewat :)

Anonymous said...

2913 tu minggu ke29 tahun 2013. Piawaian selepas Y2K. Tayar usia lebih 5 tahun dah kira expired.