^ASSALAMUALAIKUM^
Bulan januari 2013... saya mulakan dengan perkara-perkara yang indah. Dan masuk pertengahan... ke hujung bulan, baru saya lalui fasa yang menyedihkan sedikit. Ini yang dikatakan dugaan untuk menjadikan diri kita seseorang yang lebih kuat.
1. Nur Iman Amani demam panas. Jadi sikapnya yang mengada-ngada adakala buat saya naik angin sehingga tertinggi suara "ummi" macam "singa betina". Tapi saya tahu, kakak demam sebab nak pandai banyak perkara. Dan saya suka buat-buat marah padanya kerana bila saya marah, kakak akan merajuk dan memeluk saya sekuat hati. Ini bermakna kakak adalah seseorang yang ada sifat pemalu dan mempunyai hati yang lembut.
2. Muhammad Jibriel Iman pula mengambil tempat... bayangkan masa jibriel demam, selama hampir 2 minggu jadi x keruan. Dari seorang yang suka berjalan, suka bergelak ketawa... jibriel berubah langsung berdiri pun x mau. Bayangkan betapa takutnya saya bila si bujang saya x mahu langsung berdiri. Mungkin pada saya, kakinya lemah dan tak betenaga. Saya sangat risau, berulang-alik ke klinik dan hospital... sehingga saya yang memberi cadangan kepada doktor untuk xray dan ambil darah pada jibriel supaya demam jibriel tidak menjadi teka-teki. Sebagai ummi saya perlu tahu, apa yang buatkan anak saya jadi macam tu, dan alhamdulillah jibriel hanya demam biasa. Ada kuman dalam darah dan perlu teruskan makan antibiotik. Kalau saya x paksa doctor maka saya xkan tahu apa-apa? Betul x? Dan sekarang alhamdulillah jibriel makin sihat dan kuat makan.
3. Saya juga demam teruk. Dimana seumur hidup saya tidak pernah saya demam sebegini rupa. Ulang-alik ke spital seperti biasa untuk dapat mc spital kerana cuti dibekukan sebab nak PRU-13... rupanya saya kene "radang tekak atau tonsil"... yer sangat perit untuk saya kali ini. Dari seorang yang penakut ubat... saya jadi berani dan saya balun segala jenis ubat yyang ada untuk cepat sembuh. Bukan untuk saya, tapi untuk anak-anak. Dan saya benar-benar tidak punya tenaga. Berdiri dan buka mata rasa nak pitam. Yang boleh saya buat hanya baring. Dan Alhamdulillah sekarang saya makin okey walaupun adakala saya rasa saya tidak seceria dulu. Apa pun terima kasih pada mak mertua dan kakak ipau saya yang tulung saya jagakan anak-anak kecil saya... termasuk juga aca saya.
4. Walapupun masing-masing berdepan dengan segala sakit bagai tapi hidup tetap diteruskan. Impian kami untuk memiliki rumah sendiri "sedang dalam proses". Itulah impian saya sekarang. Taman Putra Utama... isyaallah it will be...
5. Untuk kerja, banyak perkara yang terhutang. Tambahan pula sibuk sana sini nak hadap PRU 13. Saya? Insyaallah akan terus menyokong kerajaan yang sedia ada kerana saya jenis bangsa yang tidak mudah lupa diri. Paham-paham je la yer...
6. Rindu pada ayah saya, 24hb hari tu besday ayah... jadi saya x beri apa-apa pun... cuma doa dari jauh... dan yang paling menggembirakan hati saya ialah bila saya dengar suara ayah saya yang ceria bila bercakap dalam talipon dengan kakak... bahagianya bila dengar "atuk berborak ngan cucu kesayanganya". Perkara yang membuatkan hati saya sentiasa tersenyum hanya kerana dengar ayah saya "ketawa besar dan gembira" bila bercakap dengan kakak. Rindu pada mereka.
Tu jer serba sedikit apa yang saya lalui dalam bulan januari ini. Indah dan membahagiakan. Segala berjalan lancar. Mudah dan dipermudahkan. Untuk bulan februari ni sudah saya mengharapkan lagi baik.
Tak sabau nak jumpa kuarga melaka... katanya nak datang sini bila raya cina. Apa pun saya sangat-sangat rindu kepada kuarga melaka saya.
P /S : Berubah lebih baik daripada yang tidak mahu berubah.
P /S : Berubah lebih baik daripada yang tidak mahu berubah.
No comments:
Post a Comment