suria.karim.1@facebook.com

CINCALOK CINTA PEKASAM

Monday, 28 January 2013

PERBELANJAAN ANAK-ANAK

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Esok gaji(tipu jer, baru jer lepas tau x?)
  
Setiap kali gaji, banyak benda yang kita nak kene beli kan? Walaupun sebenarnya bukan keperluan, tapi hanya kehendak semata.
 
Kalau dalam situasi saya sekarang, perkara utama adalah keperluan anak-anak. Sebab saya sedang lalui fasa ini adalah kerana anak-anak saya sedang membesar. Mungkin 5 tahun akan datang dalam fasa yang berbeza pula.
 
Kalau dihitung pada zaman masa saya kecik-kecik, agak-agak saya pakai pampers x?... saya minum susu tepung x?... saya guna wet tisu x?... Mula ler pikior macam-macam... itu tidak termasuk bayau pengasuh dan lain-lain benda. Tapi apa pun kami seronok sebab tahu dimana duit itu mengalir laju...
 
Ker zaman sekarang jer kene ada benda alah tu semua?
 
 Pampers 3bundle x 2orang xrm32.90 =?
Easy pant tu untuk berjalan jer, senang... x payah nak baring-baring kalau salin kat luau.
Tapi start bulan ni tukau da... guna yang paling murah jer... kejam!!!
 
Susu jibriel. Sebulan 6 @ 7 kotak x rm40.90=?
susu x buleh tukau...

Susu kakak. Sebulan 5 @ 6 kotak.
tapi nape kat siam murah ek?


Basuh botol...

Biskut untuk belum ada gigi... khas buat M.J.I

Sabun khas anak-anak...


Botol+puting

Sesekali kene ada baju baru... belum lagi kasut seluau bagai... ermmm...

Banyak sebenarnya keperluan anak, cuma kita sebagai penjaga perlu juga pikirkan tentang "keselamatan dan kesihatan"... jangan tertinggal plak... maklumlah sekarang musim  kejap okey kejap x... ikut angin jer... jadi "cool fever" memang + mesti + wajib ada dalam stok.



P/S : Setahun sekali mengadap keperluan sekolah...

 

Thursday, 17 January 2013

KARENAH AMANI DI PAGI HARI

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Dah 2 3 hari saya lewat datang koje... uoppppsss!!! saya mengaku... sebab kakak demam sikit. Jadi saya terpaksa hitung kakak sebelum g koje. Nak kene peluk, nak kene cium, nak kene pujuk pelan-pelan kasi dia paham dan bawa kakak dengan jibriel round naik kete kira okey ler.
 
Memang sangat memeningkan bila si kakak demam, semua benda jadi kesalahan tau... erm tapi saya tahu, kakak demam sebab kakak sedang mengalami perkembangan untuk pembesaran. Selepas demam banyak perubahan yang berlaku dalam diri kakak, kakak jadi seorang yang sungguh perihatin dan makin bijak menerima sesuatu dan makin petah bercakap.
 
Hasil kerja kakak.
 
Hari ini lebih baik dari semalam, bersolek dengan ummi...
 
 
 Kita pakai kat kelopak mata, kakak pakai kat dahi jendul tu ha...
 
Rambutnya yang sangat... o o o...
 
 
Ni rupa rambut o o o... kakak bila bangun tidur.
 
P/S : Macam-macam karenah dan ragam manusia, samada kita sanggup berdepan atau tidak, itu semua bergantung pada kekuatan/kelemahan kita.
 



/>

Wednesday, 16 January 2013

M.J.I SUDAH BERJALAN DIKALA USIA 11BULAN

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Hoyehhh... M.J.I saya sudah berjalan... siap pakai kasut lagi. Ish memang x duduk diam tau... pantang nampak kasut, jibriel tunjuk ngan tangan kiri, siap ada bunyi "uuhh uuhh" lagi suh kita pakaikan kasut kat kaki jibriel.
 
Umur jibriel sekarang baru 11bulan... 12.2.13 masuk setahun... tengah pikir nak bagi hadiah apa kat bujang saya tu..?
 
 
 
 
 
 
 
Seronok hati ummi bila jibriel dah pandai berjalan, cuma asyik jatuh jer... muka dah bercarik-carik dah... yang si kakak pula terlalu perihatin... asal adixs nak berjalan, si kakak mesti nak pimpin adixs... konon takut jatuh.
 
Kakak    :               Adixs, mai kakok gang(pegang) adixs.
Adixs     :               Buat derk jer… sambil tangan dipegang kakak.
Kakak    :               Adixs, bek-bek(baik-baik) adixs, ti atuh(nanti jatuh)

 
 
 
P/S  : Bermula 1 fasa untuk anak kecil... cuma tunggu fasa seterusnya dengan lebih mencabar. 
 


Tuesday, 15 January 2013

WARKAH DARI JIRAN

^ASSALAMUALAIKUM^

(jiran saya, budak nakal 2 orang)
 
P/S : Adakala setiap tindakan tidak perlu balasan, cukuplah sekadar ucapan terima kasih yang ikhlas sebagai tanda penghargaan.

Friday, 11 January 2013

MESZ BURGER

 ^ASSALAMUALAIKUM^
 

Saya nak promosi 1 kedai burger(xda komisen yer).
 
 
Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba kelainan bagi menikmati burger yang enak, roti yang lembut dan gebu, isi yang diperap sebelum dimasak, keenakan sos yang diperbuat sendiri dengan adunan cili-cili segar dari ladang, dan ditambah sayur-sayuran yang ditanam sendiri dibelakang rumah.
 
 
Maka, terhasil 1 makanan ringan yang telah diberi paten dan didaftarkan sebagai "Harta Intelek Malaysia"… iaitu… MESZ BURGER…
 
 
Kedai ini di Pauh berhadapan jalan besau, dibuka bermula jam 8.00 malam-2.oopagi. Isnin hingga ahad kecuali sabtu cuti( untuk memerap ayam & daging).
 
 
Sekiranya tuan-tuan ingin mengadakan majlis keramaian, boleh terus call untuk delivery.
 
 
Segera dapatkan, jangan ragu-ragu… baru saja dapat pengiktirafan dari ISO 2013.. dan "SIRIM" Malaysia. Ianya telah direkodkan dalam "PAUH BOOKS OF RECORDS" kerana keenakan dan keaslian burger tersebut.
 
 
 
Sekian.
 
P/S : "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi).
 

Thursday, 10 January 2013

SI KAKAK YANG MEMAHAMI

^ASSALAMUALAIKUM^
 
Sejak 2 3 hari, saya dapat lihat perkembangan amani. Kerenahnya yang baik dan sudah mula memahami situasi yang ummi dan ayah pergi kerja cari rezki. 
 
SITUASI SEMALAM:- JAM 7.00 PAGI.

Ummi    : Sayang, ummi nak pergi kerja tau, kakak janji ngan ummi yer… jaga adixs, sayang adixs, cium adixs, kiss adixs, peluk adixs, kalau adixs nangis, kakak pujuk… kata kat adixs..."adixs sabau adixs, sambil urut-urut belakang adixs".

Amani   : K, ummi nak p nek(naik) oto(motor).

Ummi    : Yer sayang… ummi xder duit nak tuang minyak kereta.

Amani   : Senyum jer tanda paham kot.(selalu dia akan masukan tangan dalam kocek, buat-buat amik duit then bagi kat saya suh tuang minyak… sweet dan nampak pemurah sangat).

HARI INI:- BERSOLEK DENGAN UMMI.(ORANG PAKAI EYE SHADOW KAT MATA, KAKAK PAKAI KAT DAHI JENDOL)

Ummi    : Sayang, janji ngan ummi jaga adixs yer… ummi kene kerja.

Amani   : Kakok jaga adixs na…(dia cakap ngan diri sendiri, ikut apa yang ummi sebut tadi).

Ummi    : Sayang kiss ummi nak.

Amani   : Cium sampai 10kali, peluk dan amin.(selagi motor x bergerak) sambil flying kiss manyak-manyak.

Tu situasi sekarang… kalau dulu, asal saya kata “ummi nak g kerja”… mulalah dia menangis x bagi. Tapi sekarang semuanya okey. Bermakna amani sudah mula belajar dan faham apa yang kita cakap walaupun usia baru 2 tahun 2 bulan… good girl.

P/S : Banyak perkara yang sedang menanti di masa hadapan untuk kita fahami di sebalik kejadian. Yang tersurat mahu tersirat.
 

Wednesday, 9 January 2013

MUKA BARU SAYA

^ASSALAMMUALAIKUM^

Ini permulaan saya, ini juga merupakan blog saya yang baru. Apa yang tercatat disini merupakan apa yang saya lalui sebagai diari untuk kenangan dan tatapan di masa hadapan bersama insan yang saya kasihi. Banyak perkara yang telah disusun bagi mencantikkan lagi susun atur perancangan. Pada tahun baru ini juga, saya memulakan dengan muka baru saya seiring dengan azam dan semangat yang membara untuk menjalani kehidupan dengan lebih bermakna. Yang lama, akan kekal sebagai kenangan dan saya tutup serta simpan serapat mungkin sehingga ia tidak boleh dirungkai. Yang pasti, saya ingin kekalkan momentum positif dalam diri saya agar saya menjadi seseorang yang lebih baik. Semoga tahun baru ini membawa 1001 sinar semangat bagi mengekalkan keseimbangan hingga ke titisan terakhir. Sama-sama kita harapkan yang terbaik.
 
P/S : Perancangan pertama telah bermula, hanya menunggu langkah seterusnya... sama-sama kita teruskan.